Thursday, July 5, 2012

Cara Untuk Mengetahui Bila Anda Sedang Subur!

Lendir Servik dan kesuburan

Ciri2 lendir servik pada hari penetasan telor/ovulation.





Lendir pandkal rahim jernih dan banyak  , rupa saperti putih telor dan bila dipegang anatara dua jari ia bolih dijalurkan tanpa putus.


Bila dipadankan dengan carta BBT, ada kaitan dengan waktu penetasan telor/ovulasi




Perhatikan ciri2 lendir mulai dari hari ke10 (dikira dari hari pertama haid) , pengeluarannya makin banyak , jernih, saperti putih telor dan bolih dijalurkan tanpa putus dan pada waktu penetasan telor ia paling banyak keluar dari faraj. Kadang kala disertai dengan rasa senak dibawah perut/ari2 kerana ketika itu telor sedang menetas/ovulation. Ketika ini juga suhu BBT akan menurun, menandakan ovulasi. Ini lah waktu terbaik untuk mengadakan hubungan dengan suami untuk hamil.


Lendir yang cair dan jernih adalah sangat penting untuk membolihkan sperma2 menembusinya untuk masuk kedalam rahim. Dipercayai ketika sperma2 melalui lendir cervix  , mereka memperolihi daya 'capacitance' atau kemampuan untuk bercantum dengan telor/ovum.

Beberapa hari selepas penetasan telor/ovulation, lendir cervix bertukar menjadi pekat dan keladak dan ia tidak bolih lagi ditembusi olih sperma2. Begitu halnya jika ada jangkitan kuman dalam faraj atau pada cervix, lendir bolih dicemari olih kuman2 dan sel2 inflamasi dan munkin perubahan berlaku pada lendir cervix menyebabkan sukar untuk ditembusi olih sperma2. Cervical erosion, cervicitis dan infeksi vagina bolih mengganggu kecairan lendir cervix waktu ovulasi.

No comments: