Wednesday, June 26, 2013

11 TIPS UNTUK HAMIL


1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

  10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

*Memasak
*Bersenam
*Mendengar muzik
*Membaca dan mendengar audiobooks
*Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
*Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
*Beromantik dengan suami

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Monday, June 24, 2013

honeymoon??

nak g honeymoon..
selama 3 tahun kawen aku xpenah tau erti honeymoon tu camne..
hehehe..
lau setakat berjalan tu mmg da banyak tempat da pg holiday..
tp y xbestnye honeymoon tu ade org lain bersame2...
kadang family aku..
kadang adik beradik die..
kadang member kitorang..
hmmm stakat ni xpenah lg asenye berdua..
 
aritu p genting pon berempat ngn member syila n abu..
 y lg xbest kitorang berempat tdo sebilik sekatil..
almaklumlah firstworld da la mahalkan..
time cuti skolah pulak.. sah2 ramai tempahan..
hmm...
 
so sebelum aku bakal bergelar ibu hamil kembali..
aku sangat berhajat nk g honeymoon..
hehehe nak2 tgk teduhan kasih aritu p honeymoon..
aku nk p sebelum bulan 9 ni sebab bulan 9 ni bakal aku jalani iui kali ke 3..
so kali ni kene jaga elok2 lah..
3 bulan tu berkampung di jeli nanti..
sementara tunggu bby besar skit n kuat...
baru la bleh jalan jauh sikit..
lau x.. aku hanya boleh ulang alik rumah n pejabat je..
lau nk balik teganu bia laki aku sorg je y balik sebab aku xleh jalan jauh kan..
 
so... mgkin telepati aku sampai ke otak laki aku kowtt..
die cakap nk p gunong stong...
^__________________^
uuiiihhh gunong stong pon jadilah.. y penting berdua..
penah dengar org honeymoon kat gunung ? huhuhu..
gunung jugak adalah salah satu impian aku sebelum aku hamil..
nk sangat panjat gunung..
so mgu depan 2 3 hari sebelum puasa aku da booking satu chalet kat sane..
n aku kautim baik2 je ngn bos resort tu..
en.azmi cakap kitorng leh masuk bile2 mase je n kuar bile2 mase je..
 n die reservekan kitorang tempat baik punye..
tempat y agak romantik n tepi sungai...
y pasti kami berdua..
 
 
wahhh.... impian nk tercapai...
 


Sunday, June 23, 2013

rawat PCOS dengan kuruskan badan

Rahsia Kurus Badan



Usaha untuk mengurangkan berat badan bagi pesakit PCOS adalah sangat penting untuk mencapai kejayaan, iaitu menjadai hamil. Biasanya saya beri pengidap2 PCOS ubat kurus badan, ubat kurangkan gula dan ubat imbangkan hormon. Tapi malangnya kadar kejayaan kuruskan badan amat mengeciwakan. Sedikit saja yg berjaya maknya dapat kurungkan 10% dari tahap berat asal

Malah ada pula yg meningkat berat badan walau pun makan ubat2 supplement yg saya beri. Sungguh menghampakan.

Sebenarnya faktor terpenting dalam usaha kuruskan berat badan ialah Pengurangan makanan pada keseluruhan, khusnya pemakanan yg mengadungi karbohaidret dan gula. Contoh2 makanan tersebut ialah, nasi , mee, roti canai, spageti, coklat, ais krim, kueh2, cookies dan banyak lain2. Makan ini semuanya patut dikawal ketat, makan sedikt saja jangan lebih atau tambah.

Masalah pokok ialah tabiat makan yg tak terkawal, mereka ini didepan orang makan sikit, rasa malu, tapi belakang orang makan bertambah2. Waktu menonton TV atau berehat makanan sampingan junk foods tak putus2 dikonyah. Orang gemok sebenar terlebih makan daripada apa yg diperlukan olih badan untuk kegunaan tenaga, repair sel dan tisyu dan pertumbuhan organ.

Mereka juga makan telalu cepat , belum sempat makan jadi lumat ketika dikonyah dalam mulut sudah ditelan. Ini tabiat tak baik. Biasa kantung perut akan menghantar signal keotak yg ia dah penuh / kenyang, Tapi ada tempoh jarak waktu atau lag time lebih kurang 20 minit. Olih itu orang tabiat makan slow2 dan konyah makanan perlahan2 tidak akan terlebih makan.

Orang gemok ada lah dalam keadaan 'self denial', mereka tak akan mengaku makan banyak. Ini adalah satu keadaan yg memerlukan bantuan ahli pakar saikoloji. Mereka memerlukan counselling dalam mengatasi situasi ini

by dr hamidarshad

PCOS sukar hamil??

sejarah aku... aku penah ade PCOS.. then lepas tu hilang... tp mase aku mengandung last time doktor detect aku ade PCOS.... huiiihhh tensen jugak mikior sal PCOS nih... patut la makin hari makin tebal bulu kaki aku... n aku jugak tumbuh misai... miawww...... hehehe.... hmmmm kene research balik sal pcos nih... yang penting kene tingkatkan pemakanan untuk kesuburan... hohoho (tu la bahana tinggal sayur.. ekekeke)

PCOS sukar dirawat



Polycystic ovary syndrome (PCOS)



Penyakit ini menjadi salah satu punca utama kemandulan.

Mengapa sukar merawat PCOS ?

1. Salah satu punca penyakit PCOS adalah cacat baka / genetic - dimana gene yang mengawal hormon subur adalah cacat sejak lahir. Tidak ada rawatan untuk membetulkan kecacatan genetic ini. Kita bergantung dengan usaha mengubah faktor2 lain sahaja , ini pun banyak bergantung kepada azam dan kesungguhan pesakit PCOS.

2. Kegemokkan / obesity adalah faktur kedua pentingnya dalam kejadian PCOS. PCOS sering dikaitkan dengan penyakit diabetes dalam keluarga. Begitu juga obesity juga dikaitkan dengan diabetes dan baka. Usaha untuk mengurangkan berat badan memang sangat sukar, mudah untuk naik berat badan , tapi hendak turun memang perlu azam dan ketabahan. Penurunan berat badan merupakan rawatan yang terpenting bagi meningkatkan kesuburan dikalangan pesakit2 PCOS. Cara2 yang paling berkesan ialah dengan DIET, iaitu mengurangkan makanan carbohydrate dan gula, dan exercise untuk membakar lebihan gula dan lemak dalam badan.
.Program kuruskan badan

3. Tiada ubat khusus untuk PCOS, kerana ia rangkaian berbagai masalah termasuk, insulin resistance, hormone imbalance antara FSH / LH, hormon testosterone tinggi, estrogen tinggi, progesterone rendah, Akhirnya sel2 benih/telor tidak dapat dimatangkan.
Seringkali ubat subur clomid dengan dose tertinggi diperlukan (200 - 250 mg), dan jika gagal ubat gonadotrophin secara suntikan diperlukan dan ubat ini sangat mahal harganya, sedang kadar kejayaan hanya 30% sahaja.

4. Kegunaan ubat2 supplement bolih membantu untuk kurangkan berat badan, kurangkan insulin resistance seterusnya mengurangkan gula dalam badan, mengurangkan hormon testosterone. Saya sering beri pesakit2 ubat adipex, metformin, dan saw palmetto.Perlu diingat pesakit2 PCOS tidak bolih bergantung kepada ubat2 tersebut terlalu lama, munkin antara 3-6 bulan sahaja.

5. Saya nasihatkan makan banyak buah2 dan sayuran serta ulam2. Makanan yang banyak mengadungi bahan2 pengawet, perisa dan pemanis perlu dijauhkan termasuk fast dan junk foods. Segala kebaikkan saperti vitamins, antioxidants, logam dll adlah terkandung dalam buah2, sayur2 dan ulam2.

6. Jangan mudah putus asa, teruskan usaha sampai hamil.Perubahan dalam caragaya hidup sangat penting terutama tabiat makan dan pilihan jenis makanan yang berzat dan berkhasiat. Pilih makanan yang segar/fresh tanpa diperoses, tanpa pengawet, perisa dan pemanis. Lakukan gerak tubuh/exercise , munkin buat jogging 30 minit sehari. Lakukan breathing exercise/yoga untuk relxation, hilangkan stress dengan baca quran dan berzikir.

7. Cuba buat IUI apabila ada telor matang selepas makan clomid dos tinggi, ini munkim bolih menambah peluang untuk hamil. Biasanya jika ada pematangan telor kehamilan akan berlaku secara spontan tanpa memerlukan IUI.

8. Laparoscopic ovarian drilling , ia itu satu kaedah pembedahan untuk menyuburkan ovary perlu dilakukan jika tiada pematangan telor walaupun dengan clomid dos tinggi. Rawatan ini dapat menurunkan tahap hormon testosterone yang sering menganggu pematangan telor. Selepas ovarian drilling ubat subur clomid dos tinggi masih diteruskan selama 3 pusingan haid. Peluang hamil lepas rawatan ini 40-50 %.

9. Bayi tabung uji atau IVF munkin bolih dicuba sebagai langkah terakhir, itu pun kalau berjaya merangsang pematangan telor.

Tanda-tanda tubuh anda kurang kalsium

 



Mungkin ramai yang tak sedar tubuh mereka kekurangan kalsium. Kekadang corak pemakanan kita yang lebih mementingkan rasa dari khasiat menyebabkan masalah itu terjadi ditambah lagi dengan faktor-faktor lain yang menjadi pemangkin pengurangan kalsium pada tubuh. Pada umur 20 tahun, kalsium pada tubuh manusia akan mengurang sebanyak 1% dalam setahun, pada umur 50 tahun jumlah kalsium akan menyusut lagi sebanyak 30% dan kehilangan kalsium boleh mencapai 50% pada umur 70 tahun. Berikut adalah tanda-tanda tubuh anda kurang kalsium.

Adakah anda ada tanda-tanda dibawah?

1) pada otot dan saraf:

  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Kejang otot
  • Wheezing(pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm



2) pada saraf sahaja :
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Letih
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal


3) pada jantung:
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung dan cepat penat

4) pada kulit, rambut dan kuku:
  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering

5) Tanda-tanda kekurangan kalsium secara umum:
  • Kekejangan atau "kram" otot
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar-debar
  • Eczema (penyakit kulit)
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol tinggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets






Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama magnesium, vitamin D dan zink. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran ketiga-tiga unsur itu . Kekurangan magnesium pula memberi kesan kepada kemampuan tubuh untuk mengawal penggunaan kalsium. Dicadangkan mengambil Ostematrix kerana ia lengkap dengan kalsium, vitamin D, Magnesium dan Zink.


  • Ostematrix (lengkap dengan Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

11 Tips Cara Menjaga Luka Bersalin Normal (Luka Episiotomi) agar cepat sembuh

 



Bagi yang sudah melalui saat-saat bersalin normal pasti telah merasai sendiri pengalaman menjaga luka episiotomi ketika berpantang. Luka bersalin normal akan cepat sembuh kalau penjagaannya betul dan ibu-ibu sentiasa menitikberatkan kebersihan pada diri. Namun, bagi yang pertama kali melalui detik bersalin dan berpantang pasti tertanya-tanya cara untuk menjaga luka selepas bersalin nanti. Di sini dikongsikan 11 tips cara menjaga luka bersalin normal (luka episiotomi) agar cepat sembuh tanpa bermasalah.

Penting ibu-ibu menjaga kebersihan untuk mengelakkan jangkitan di bahagian luka bersalin.

Cuba amalkan 11 tips ini:-

  • Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.
    Rajah berkaitan luka episiotomi.
  • Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis. Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.
  • Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.
  • Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.
  • Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.
  • Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.
  • Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.
  • Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.
  • Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.
  • Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
  • Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.
(sumber:http://portal.alamhamil.com)
Set Berpantang Shaklee (Untuk yang Bersalin Normal/ Cesarean)
Selain dari penjagaan di atas suplemen juga turut membantu penyembuhan luka bersalin. Set berpantang Shaklee ini sesuai untuk yang bersalin normal atau Cesarean. Ibu-ibu juga tidak perlu risau menggunakan set ini kerana:


Klik untuk besarkan imej.

  • Boleh teruskan digunakan walaupun bayi menghidapi Jaundis (Kuning).
  • Membantu dalam penyembuhan luka melalui tindakan dalaman tanpa perlu krim, minyak herba atau makanan tambahan lain seperti sup ikan haruan yang agak sukar untuk disediakan. Bagi ibu yang berpantang sendiri, set ini sudah mencukupi tanpa perlu bersusah-payah memikirkan makanan tambahan seperti ibu yang berpantang dijaga.
  • Tiada efek panas seperti jamu yang tidak sesuai pada ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif.
  • Boleh terus digunakan walaupun selepas bersalin kerana set ini juga akan mencantikkan kulit ibu, membuatkan wajah berseri-seri serta tidak pucat dan merapatkan keintiman di dalam hubungan suami isteri.
  • Bertindak sebagai "perapat" jika anda turut mengambil alfalfa bersama set ini.

Fungsi vitamin di dalam set ini:
  • B Complex

B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

  • Vita-C (Sustaine Realease Vita-C)

Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

  • Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

  • Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan/pati ikan haruan atau air gamat yang sedikit hanyir, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan atau gamat. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.

Bertambah efektif jika diambil bersama:
  • ESP dan ALFALFA membantu merangsang aliran susu ibu dengan lebih baik, memulihkan tisu-tisu dalam badan dan memulihkan organ-organ dalaman wanita.(TERBAIK! bertindak sebagai kacip fatimah)
  • Ostematrix membantu mencegah masalah sembelit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita selepas bersalin.

TESTIMONI SET BERPANTANG SHAKLEE

Sharing 1 - daripada Puan Nurru Adila Khairy, dengan Set Berpantang Shaklee luka jahitannya dan masalah buasir pulih kurang dari 2 minggu. Puan Nurru ambil kesemua vitamin asas di dalam set berpantang bersama Omegaguard.

(Sila klik untuk besarkan imej.)

Sharing 2 - daripada pengguna yang ambil sebahagian vitamin di dalam Set Berpantang Shaklee iaitu Puan Anis, dia kembali langsing, bertenaga dan nampak berseri-seri selepas bersalin. Puan Anis mengambil Vita-C, B-Complex, Vitalea, Alfalfa & ESP.

(Sila klik untuk besarkan imej)

Jika anda sedang sarat mengandung dan tercari-cari set berpantang yang sesuai, memang sangat disarankan mengambil Set Berpantang Shaklee kerana vitamin Vita-C, ESP, B-Complex, Ostematrix dan Vitalea juga boleh diamalkan daripada anda mula mengandung. Hanya yang sudah mencuba mengetahui kebaikan berganda di dalam set ini.

7 tips semasa berpantang yang bagus untuk ibu-ibu amalkan.

 


Berpantang adalah penting untuk kesihatan ibu selepas bersalin.







1. Kawal pergerakan

*Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.

*Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan.

*Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.


2. Jaga pemakanan

*Makan ikan haruan supaya luka cepat sembuh.

*Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya boleh menyebabkan angin dan menambahkan kolesterol dalam badan. Ini melambatkan proses menurunkan berat badan.

*Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air, nangka muda.


3. Amalkan mandian air rebusan herba

*Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan,, serai wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas bersalin.

4. Berurut

*Amalan berurut seluruh badan membantu membetulkan urat-urat badan yang tegang, mengembalilkan pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali ke tempat asal.

5. Bertungku

*Selepas berurut elok bertungku terutama di bahagian perut dan peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus mengempiskan perut ibu.

6. Menyapu pilis

*Amalan yang semakin jarang dilakukan ibu lepas bersalin. Pilis bertujuan menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan mata serta mengelakkan daripada sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan meroyan.
7. Minum jamu

*Sekarang ada banyak alternatif jamu bersalin yang bersesuaian untuk diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses bersalin.

Sunday, June 16, 2013

aku keguguran buat kali pertama!!

Lepas aku masuk hosp smgu hari tu..
aku balik jeli..
keje seminggu..
then aku amik cuti hari kamis sebab p hosp haritu dr suh test beta hcg balik..
nk tgk aku peknen ke x lg.. tp...
hari selasa aku start kuar darah fresh..
xmacam sblm aku masuk hosp hari tu..
then rabu tu, esk harinye..
aku p klinik la..
nk kompem gugur..
mase tu xsakit lg.. so muka aku agak ceria..
boleh doktor tu bagi aku mc 1 hari je???
 Aku mmg bengan giler rabu tu...

so petang tu aku sakit perut..
sblm tu lepas aku balik klinik ade kuar cam daging warne pink pucat..
mase tu dah start sakit skit2.. then sakit mai...
aku da xleh bangun... sakit sangat...
Malamnye aku balik teganu...

eskkannye dengan kesakitan y agak teruk..
muka aku da pucat...
aku jalan pon pelan2 je cam nk beranak..
 Sampaikat kaunter nurse tu tego...
awat muka aku pucat sangat..
aku cakap aku bleding gugur..
terus die suh p kecemasan..

petang tu kat wad doktor cek tgk rahim aku da nipis..
xperlu cuci.. tunggu die kuar je..
then doktor suh masuk bilik rawatan.. nk tgk jalan...
mase tu sakit da kurang skit..
doktor tolong tarik janin n uri y tinggal..
besar dalam 1 tapak tangan..
 Die tarik mmg x sakit mybe da tercabut kot..
cume lekat kat jalan je..

then petang tu aku start sakit..
sakit giler..
sakit sangat2 smpai la malam.. dalm kol 8.30 aku masuk bilik rawatan lg..
Sebab da xtahan da sakit...
menangis kot tahan sakit..
mase baring tahan sakit atas katil tu aku tgk doktor y cek aku mgu lalu y cek aku..
doktor tu encem kot mcm detectif conan..
siap ngn spek besar frame hitam mcm conan betul2..
sambil duk sakit2 tu sempat lg aku tersenyum2..

doktor cakap darah da xkuar da..
sume da clear..
tp aku sakit sangat...
mgkin bekas kot..
so doktor bagi ubat tahan sakit je..
alhamdulillah kurang sakit aku...
aku tdo lena xsedar2.. lena sangat sampai org sblh tego aku tdo xkaba ape...
mane xsedar... penat kot tahan sakit...
esknye hari jumaat petang aku da boleh balik..

Hari ahad n isnin aku kuar spotting je..
 Aku bleding gugur 5 hari je??
hehehe.. aku dapat mc 2minggu..
Aku pantang smgu je..
tp xpantang mane pon..
bertungku n xminum ais..

Aku cakap ngn doktor aku nk rehat dulu..
xnak convince dalam 3 bulan..
tp aku cakap nk wat iui kali ke 3 xnk wat ivf..
doktor kate aku blh buat iui sebab iui kali ni berjaya mgkin aku silap makan o aku salah buat pape..
So 28 bulan 8 ni followup balik untuk iui kali ke 3..
insylh kali ni aku akan buat y terbaik!!!!

Sunday, June 2, 2013

failing pregnant????

Adoyai...
Mgu lepas aku masuk hospital selama seminggu..
dari ahad sampai la kamis..
kesnye aku sakit perut n ade kuar bleeding cam spotting...

then last day doktor amik kate putus kate aku gagal hamil..
sebabnye hormon aku makin turun...
maknenye xde baby y sedang membesar dalam rahim..

sedih je aku rase tp xteruk la...
aku pk semua berlaku ade hikmah..
mgkin aku blm sedia..
mgkin kali ke dua lebih afdal...

so next time bile aku peknen aku da tau nk wat pe...
no more jalan2 selama 3 bulan awal kehamilan..
n never get to be scanner early pregnancy...

aku rase tu salah satu sebab janin gagal membesar mgkinsebab da terganggu..
n satu ag aku tertanya2...
doktor cakap rahim aku terbalik??? Retroverted..
adakah ia satu penyebab???
1st time aku tau aku retroverted.. n aku ade pcos..
y peliknye kali ni ade pcos aku mampu turun berat...
hai... misterinye aku ni...

n aku jugak masih belum turun ape2 darah pon ag..
means keguguran or whats so ever la...
cume hari ni aku ade turun lendir seketul tapak tangan..
xtau mane datang.. 
xpena ag aku kuar benda tu sebegitu banyak...

atau adakah masih ada yang menumpang di tubuh ku?
aku kol kakna cakap sal masalah aku.. 
kakna cakap ade pesakit die positif peknen then bile p kat doktor doktor xdapat detect.. n cakap xpregnant.. 
p kat kakna upenye ade benda block xnk bg doktor kesan..
n skarang da 4bulan da peknen..
adekah aku camtu jugak?

Nothing imposible right???
aku masih boleh berharap selagi belum turun darah..
n aku still jaga pemakanan..
duphaston still makan..
asid folid xtinggal..
anmun pon minum......

doakan aku...