Thursday, June 28, 2012

20 Fakta Menarik Tentang Lipas


Ramai yang tak suka akan lipas ni sebab geli jijik dan sebagainya. Tapi tak salah kalau kita tau beberapa fakta yang menarik tentang lipas ni.
Hiasan


1-Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
2-Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
3-Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
4-Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
5-Lipas mempunyai darah berwarna putih
6-Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
7-Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
8-Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
9-Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
10-Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
11-Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
12-Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
13-Lipas ada gigi di dalam perutnya
14-Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
15-Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
16-Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
17-Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
18-Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
19-Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
20-Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha

Wednesday, June 27, 2012

promosi jus perawan RM40 sahaja!!!!! (termasuk pos)

JUS PERAWAN D'HERBS





Juice Perawan
Khasiat Juice Perawan D'Herbs :

1) Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.

2) Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.

3) Menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).

4) Menegang & mencerahkan kulit.

5) Melambatkan proses monopous.

6) Memberikan tenaga dalaman wanita.

7) Meningkatkan sistem imunisasi.

8) Mengurangkan senggugut.

9) Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri

10) Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga.

Kandungan Juice Perawan D'Herbs:

Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Acai Berry, Kurma, Madu, Roselle, Delima, Kolagen & Air Bertapis.

Cara penggunaan Juice Perawan D'Herbs:
1) Ambil 2 sudu setiap pagi & malam. Minum banyak air putih.

2) Tidak digalakkan bagi wanita yang sedang mengandung & ketika dalam haid.

3) Simpan di tempat sejuk selepas dibuka


.





PROMOSI!!!!! RM100 SAHAJA!!!















 bulu mata pendek






 bertunang
Promosi mekap atau solekan bagi pengantin, bertandang, bertunang ataupun dinner.
jun hingga disember 2012.
** permintaan jumaat dan sabtu sahaja. 
     area kelantan n terengganu.

tieya : 013-9694854

Tuesday, June 26, 2012

tips turun berat badan


saya nak share tips turunkan berat badan dengan cepat tapi sihat dan tidak menyeksakan tubuh badan. Tips ni saya amalkan hasil pembacaan dari buku dan pegi kursus kesihatan dan kecergasan hari tu. Sebabnya tahun lepas (2011), berat badan saya pernah naik mendadak sehingga 62kg kerana masa tue saya ade masalah gangguan hormon.. Kesan masalah tue menyebabkan berat badan saya naik secara mendadak dan saya rasa self-confident hilang bila orang asyik tegur dan tanya kenapa makin gemuk  dan baju banyak da xleh pakai. So, saya terpaksa ambil inisitiatif untuk turunkan berat badan dengan cara yang cepat dan sihat.

1. Yang penting jangan lupa sentiasa amalkan pengambilan sarapan pagi walaupun korang hanya bersarapan dengan biskut dan segelas air susu atau milo. Elakkan minuman berkafein di pagi hari ye. Tak elok untuk perut. Sarapan pagi ni bagus bagi meningkatkan kadar metabolism dalam badan supaya badan ada tenaga untuk proses pembakaran lemak dalam tubuh badan.n boleh elak gastrik time diet.

2. Sila minum air masak/ mineral/ kosong dengan banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air minum kosong ni dapat meneutralkan dan menyahkan kandungan sisa toksik yang terdapat dalam badan kita. Bila sisa toksik dah dikeluarkan akan memudahkan lagi proses turun berat badan secara cepat tapi sihat.

3. Pakai krim losyen pati halia setiap kali selepas mandi di kawasan yang berlemak seperti bawah paha, lengan, perut dan punggung. Krim ni ada macam-macam jenis sekarang di pasaran. Korang boleh cuba jenama mana yang korang suka. Krim ni juga membantu proses pembakaran lemak dengan lebih cepat.

4. Makan malam sebelum pukul 8 malam. Selepas pukul 8 malam elakkan mengambil sebarang makanan termasuklah makanan ringan. Kalau lapar sangat minum air kosong je lepas tue terus masuk tidur.

5. Korang boleh makan nasi seperti biasa pada waktu tengahari tapi elakkan ambil dalam kuantiti terlalu banyak. Kalau boleh cuba makan pada waktu yang sama setiap hari. Biasanya kalau saya dah sarapan milo dengan cereal, saya hanya makan biskut tengahari dan hanya makan nasi untuk makan malam sahaja buat teman suami makan..tapi kalau nak makan nasi selang sehari pon ok jugak.

6. Kunyah makanan lebih kerap untuk memudahkan proses penghadaman makanan. 

7. Elakkan minum minuman bersusu krimer pekat mahupun cair. Sebab minuman bersusu krimer ni pun salah satu faktor besar menaikkan berat badan. saya still amalkan tips ni sampai sekarang. teringat fasilitator hari tu membuatkan saya agak rase takut ngn susu tu huhuhu..lagipon susu krimer ngan susu pekat ni bukannye susu betul pon.. name je susu...

8. Elakkan minum minuman berais. Korang cuba la sabar sikit kalau nak berpantang untuk kurus ni sebabnya minuman berais ni boleh menyebabkan buncit dan juga tak elok untuk urat dalam badan.

9. Untuk makan malam, saya biasa minum air panas yang dicampur dengan serbuk milo bersama oatmeal atau cereal sahaja tanpa dimasukkan gula atau susu krimer bagi menggantikan makanan berat yang lain.

10. Satu lagi tips pakai korset jenis seluar. Ada pelbagai jenis yang dijual seperti  jenama beautiful premium atau mrs kelly. Tapi yang ni kena tengok bajet untuk beli sebab harganya agak mahal. Tapi memang menjadi sebab ia macam berfungsi untuk kemaskan perut kita dan secara tak langsung mengurangkan rasa lapar atau keinginan nak makan secara kerap.

11. telan ubat kurus jenis herba. sebab jenis herba xde efek pada badan kite. bagi masalah saya,(masalah hormon) saya  amal minum jus perawan. da minum 4 botol. rase pon sangat sedap. segala ibu ubat ade dalam tu. harap2 xlame lagi leh pregnant... hehehe..

12. kalau boleh elakkan makan makanan daripada gandum, contohnya roti. xkesah la roti biase ke roti canai ke... makan jarang2 n jangan kerap sebab ia juga punca badan naik.. antara roti ngan nasi bek makan nasi... kate fasilitator saya tu la.. 

13. n paling penting buat la ape2 senaman sekali pon asalkan kite rase mengah n tercungap.. lagi bagus kalau  berpeluh. kalau xmengah maknenyer sia2 je la kite xcercise...saya amalkan aerobik... kat youtube banyak boleh tgk... boleh ikut dekat rumah. xpon kite boleh join kat mane2 yang ade buat aerobik..sangat efektif tau..

14.  last skali, mesti minum air putih banyak2.paling ok 2 botol besar air mineral. xpe jangan risau kalau kite acap pi tandas buang air kerana lemak2 akan terbuang melalui kencing atau buang air besar... haaa tu pasai salah satu kene jaga perut n usus kite... oleh itu banyakkan makan papaya n tembikai untuk pelawas... kompem cepat turun berat

Itulah antara tips yang memang saya amalkan sendiri dan alhamdulillah turun  berat badan dalam tempoh 2 bulan dari 62kg ke 55kg. saya kurangkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa 2 bulan. Kalau jenis yang kuruskan badan atau diet dengan cara tak makan tue tak bagus untuk badan sebabnya badan takde daya ketahanan pada penyakit bila tak makan makanan berzat. badan xde tenaga nak bakar lemak. Nak kuruskan badan ni yang penting kena konsisten dan berdisiplin. Kalau hanya semangat setengah jalan memang tak menjadilah. 

kalau ikut mase zaman sekolah dulu saya amalkan makan sarapan pagi, tengahari hanya makan tembikai n air dan petang2 saya akan lari keliling padang sebanyak 3 kali. mase tu berat saya 57 kg turun hingga 45kg.. dasyatkan... tu pon sebab aktif silat banyak senaman tp sekarang xdah...so kene cari altenatif lain la pulak.. 

ok lah Good luck pada yang nak kuruskan badan.

cara nk buat kening cantik tanpa perlu mencukurnya

Oklah jom kita tengok bagaimana cara untuk mendapatkan kening idaman anda semua hehehe.


Barang-barang yang di perlukan ialah :


1). Fast Mist - Benda wajib perlu di spray untuk mendapatkan kesegaran kulit wajah.



Concealer stick/pensel - Susah betul nak cari benda ni, akhirnya terjumpa di Guardian. Stick ini sangat penting untuk menyorokkan lebihan kening yang tidak teratur. Tiada benda ni memang tak boleh buat hehehe.



Concealer - Kali ini concealer ini akan digunakan untuk menutupi kesan sapuan concealer stik diatas..




Foundation - Untuk menampakkan kulit muka kita sekata dan Glow serta licin..




Celak kening - Seeloknya carilah pensel kening warna coklat untuk menampakkan kening seperti semulajadi. Jangan guna warna hitam ok, ia akan menampakkan muka kita bertambah garang dan tidak nampak keasliannya.

 


Two way cake powder - Dipakai selepas habis makeup untuk menampakkan muka smooth aje.
*xsemestinya brand diatas sahaja boleh digunakan, brand lain kalau ade n same jenis pon boleh gune..

Cara-caranya ialah :


DSC_0521 - copy

1. Gunakan brush khas untuk sikat kening kita , supaya menampakkan arah mana kening kita itu. Perhatikan gambar diatas, terdapat lebihan kening bukan?


DSC_0523 copy

2. Lukis kening macam mana yang menjadi pilihan anda dengan menggunakan pensel khas untuk kening dan pastikan ianya berwarna coklat tau. Lepas itu, gunakan concealer stick tadi, sapu di bahagian lebihan kening tersebut. Selepas itu ambik concealer dan letakkan diatas concealer stick tadi secara dap..dap.. aje. Ambik foundation dan sapukan dibahagian kening untuk menampakkan warna sekata dan selari dengan kulit muka. Last sekali baru gunakan two way cake powder untuk menampakkan keselarian kulit muka dan bahagian kening tersebut.


DSC_0540 - copy

3. Now nampak seperti dicukurkan??? hehehehe best betul tutorial ni..Korang jangan lupa amalkan tau.

seni kecantikan

TATACARA SEBELUM MAKEUP


1. Sebelum makeup benda WAJIB yang perlu dilakukan ialah bersihkan dulu wajah.

2. Gunakan tisu lembab untuk sapu disekeliling muka untuk mendapatkan kesegaran kulit muka sebelum makeup. Boleh juga menggunakan ketulan ais batu dan sapu di seluruh muka mendapatkan kesegaran muka.

3. Moisturizer benda yang sangat penting perlu dipakai sebelum makeup, ini kerana untuk makeup menjadi tahan lama dan tidak mudah nampak rekahan di muka.





Wajah model diatas adalah berjerawat,kesan parut jelas kelihatan dan berminyak. Untuk mendapatkan hasil yang cantik sila ikuti langkah demi langkah dengan teliti yer.


TUTORIAL :

1. Semburkan facemist untuk segarkan muka.


2. Pakai moisturizer untuk lembabkan kulit. Sekiranya kulit jenis kering perlulah lebihkan moisturizer tersebut dan sekiranya muka berminyak hanya pakai sedikit sahaja.

3. Tutup segala jenis jerawat,eyebag,parut jerawat dengan concealer. Tidak dilupakan juga dibahagian tepi hidung turut perlu diberi perhatian.

4. Pakai foundation diseluruh muka termasuk bibir. Untuk pemakaian harian tidak digalakkan memakai foundation jenis STICK ini kerana dia akan menutupi liang roma kulit muka kita.Kecuali untuk makeup pengantin yang hanya dipakai untuk 1 hari sahaja.

5. Habis satu sapuan foundation tadi, sila sapu second round foundation dengan cara dap..dap sahaja.

6. Lepas tu pakai liquid foundation untuk menampakkan muka kita menjadi glow ( sikit je dengan cara dap..dap.. je - yang ini kena warna cerah sikit dari warna kulit muka )


7. Compact powder – hanya dengan cara dap..dap.. je untuk menampakkan sapuan sekata dan tahan lama. ( color pilih sama kulit )

* Dalam 1 hingga 2 jam baru kulit muka dengan makeup akan bersatu dan seri kecantikkan muka akan naik.

8. loose powder perlu disapu di seluruh muka dengan menggunakan berus. ( sekali lalu sahaja )

Untuk solekkan di bahagian kening, sila rujuk tutorial sorok kening ye.


9. Mula makeup mata dengan meletakkan loose powser di bahagian bawah mata supaya eyeshadow yang jatuh mudah disapu.

10. Sapu eyeshadow base dahulu secara dap..dap.. je menggunakan berus atau span.

11. Drop color di bahagian kelopak mata sahaja

12. Tarik kening keatas dan barulah blend secara membulat dengan menggunakan berus blend supaya menampakkan lagi tone color secara semulajadi.

13. Sapu kajal secara dalam dan luar dengan gunakan berus, sapu secara naik keatas dan gunakan berus untuk blend kajal dan base eyeshadow tadi.

14. Pakai mascara untuk melentikkan bulu mata tersebut.

15. Sebelum pakai bulu mata, potong lebihan hujung bulu mata tersebut, sapu gam dan buat mcm bentuk “ u “ untuk regangan sikit hehe.

16. Pakai mascara secara ZigZag. Untuk bulu mata bahagian bawah pula pilih mascara jenis sikat.

17. Baru bersihkan loosepowder dibawah mata tersebut.

TEKNIK MANCUNGKAN HIDUNG

18. Gunakan warna gelap dari kulit betul-betul di tulang hidung, ( guna berus serong sikit ) Then baru sapu ke tepi hidung kiri dan kanan.

19. Bawah mata just highlightkan untuk dinner or wedding sahaja.

SHADDING PIPI

20. Warna gelap, dap..dap..kan je dari sideburn ke bawah untuk shadding. Sapu blusher di tulang pipi secara naik ke atas. Jangan sesekali sasapu diatas shdding tadi.

TIP : Kalau blusher warna pink, lip pun mestilah warna pink baru naik serinya hehe.

21. Kalau muka jenis bulat, shadding di keliling muka untuk menampakkan kecil sedikit.

22.Lipstik pun perlu blend, kalau bibir kecil lebihkan sikit kebawah. Bentukkan bibir guna lipliner. Last sapu lipgloss untuk menampakkan bibir comel.

23. Habis makeup semburkan balik facemist tadi untuk menampakkan muka glow sikit dan kecilkan pori-pori dan freshkan kulit muka secara tidak langsung.

Nak tengok hasil setelah model tadi dimakeupkan??? sila scrool ke bawah yer hehehehehe  ^ _ ^




Makeup akan sekata dengan kulit wajah kita dalam masa 2 jam.



Dibahagian mata,  banyak mainkan soket dihujung matanya disebakan matanya jenis bulat dan bundar.

Tuesday, June 19, 2012

my best buddies

sahabat..... sahabat yang baik dan setia hingga hujung nyawa... 
sahabat.... suka dan duka alami bersama....
sahabat.... kekal bersama sampai akhirat...
i love you all  >,<
sahabat sejati

aik kawen 3 skali.... xcukup kuota lagi nim...ekekeke

the best couple award dapat kat kami... hehehehe

lame xjumpa kawan2... sume da ade pasangan...
i love my friends...

5 LARANGAN DALAM TIDUR



1. JANGAN TIDUR MEMAKAI JAM TANGAN
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya.

... 2. JANGAN TIDUR MEMAKAI COLI (buat perempuan)
Para pengkaji di Amerika mengatakan bahawa memakai coli lebih 12 jam, boleh mengakibatkan kanser payudara.

3. JANGAN TIDUR MEMBAWA HANDPHONE
Gelombang Medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem syaraf kita

4. JANGAN TIDUR KETIKA MASIH MEMAKAI MAKE-UP
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG (buat lelaki)
Ini kerana anda mungkin akan tidur selamanya , kehkehkeh..

me in diet.... lalalalala

hari tu p jumpa dokter die kate kene turunkan berat badan... baru senang nak preg... lgpun time tu da nak masuk tahap obesiti... kembang situ, kembang sini... sampai senyum xnampak mate... jd tembam...

1 april 2012   -  62 kg

25 april 2012  -  59 kg

14 mei 2012   -  57.9 kg

18 mei 2012   -  56.8 kg

19 jun 2012    -  55 kg

skrg maintain 55 kg... target 50 kg.. lagi 5 kilo nak turun... kalu ikut bmi... berat ideal 48.9 kg.... sempat la kot mase rayer nim... hehehehe....

senaman yang efectif untuk dapat badan cantik n fitt...
1.  push up x 30 kali
2.  sit up x 30 kali
3.  kayuh kaki di udara x 30 kali
4. star jump x 30 kali
5. komandor x 30 kali
6. squad x 30 kali
7. step up x 30 kali

setiap senaman ni boleh start dengan bilangan sedikit dulu supaya otot badan xterkejut.. n jangan lupa sebelum nk buat senaman ni kene buat warming up dulu then da habis kene buat cooling down... senaman diatas elok untuk sesiapa sahaja yang ingin turun berat badan, cantikkan otot perut dan mendapat otot yang fit... baru hensem....

selain itu, kalu nak turunkan berat dengan cara yang sihat kite perlu...

1. banyakkan makan buah-buahan
2. minum air kosong tanpa ais sebanyak 2 botol besar sehari
3. makan sarapan pagi
4. elakkan makanan berlemak, berminyak dan gula tinggi
5. elakkan makan malam.. tp kalau lapar jugak cukup sekadar minum air kosong n sekeping dua biskut... xpon p tdo terus..
6. banyakkan makan serat sebab setiap makanan yang dimakan tu akan dibuang dengan cepat... so xsempat la badan nak serap jd lemak... ^,^
7. sy amalkan makan pil kurus sebab ngn bantuan pil ni sy dapat mengelakkan nafsu nak makan yang menggila. gila xgila... pantang nampak makanan nak telan... tu pasai membulat... hehehe...


satu lg sebab sy gemuk sebab paras hormon tinggi... jd nafsu makan xdapat dibendung... so dengan masalah hormon tu lah yang menyebabkan badan xdapat nak hadam dan dikumus makanan yang dimakan tu... so makan xkuar balik.... yang xkuar tu jadi lemak....



ni la gambar sebelum n selepas.... amacam ade beza x?? yang sebelum tu diambil pada bulan desember 2011 n yang selepas tu bulan jun 2012..... nantikan gambar terbaru yep.... me myself n i...