Monday, July 9, 2012

tips menjaga kesuburan

Bagi pasangan yang telah berkahwin, anak adalah antara anugerah tuhan yang ditunggu-tunggu. Namun begitu, tidak semua pasangan bernasib baik mendapat cahaya mata sejurus selepas berkahwin. Ada yang terpaksa menunggu beberapa bulan malahan ada yang telah bertahun berkahwin tetapi masih belum berisi.

Kita seringkali juga dengar yang kononnya masalah kesuburan adalah berpunca daripada pihak wanita sepenuhnya. Apa yang perlu kita ketahui adalah masalah mungkin juga berpunca daripada pihak lelaki.
 
Sedikit perkongsian yang menarik daripada Majalah Pa&Ma edisi November 2011.
 
1. Betik tingkatkan kesuburan
Buah betik yang kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Pada masa yang sama, buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Ketahuilah bahawa kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma. Mengambil sebanyak 500mg vitamin Csetiap hari penting bagi lelaki dewasa.

2. Berhenti merokok
Merokok sememangnya berbahaya. Selain daripada merosakkan paru-paru,merokok boleh merosakkan membrane sperma dan mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai sel telur.
 
3. Banyak pengambilan zink
Zink dikatakan mampu mengaktifkan sperma. Walaubagaimanapun jumlah zink janganlah melebihi 30mg sehari. Makanan sumber zink ialah daging merah, bijirin dan kekadang, makanan laut dan produk tenusu.
 
4. Pakai seluar longgar
Pemakaian seluar longgar dapat memastikan suhu alat kelamin terkawal iaitu tidak terlalu panas agar mampu meningkatkan pengeluaran sperma.
 
5. Kebersihan makanan
Pengambilan buah-buahan dan sayuran segar sangat digalakkan. Akan tetapi, anda perlulah pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut dibersihkan sebelum dimakan. Hal ini adalah kerana racun serangga yang digunakan untuk mengawal serangan makhluk perosak pada sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang itu.
 
6. Minum banyak air kosong
Pengambilan air kosong sebanyak kira-kira dua liter sehari dikatakan boleh meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma.
1. Jaga pemakanan
Elakkan pengambilan sesetengah jenis makanan dan minuman seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman beralkohol dan minuman berkarbonat.
 
2. Kawal berat badan
Berusahalah untuk mendapatkan berat badan seimbang. Obesiti boleh mengganggu proses pengeluaran telur.
 
3. Amalkan senaman berkala
Bersenamlah secara tetap dan teratur. Senaman bukan sahaja menyihatkan anda tetapi juga membantu mengekalkan berat badan
 
4. Berhati-hati mengambil ubat
Ketahuilah bahawa kebanyakan ubat seperti ubat anti kemurungan, pil tahan sakit dan antibiotik boleh memberi kesan terhadap kesuburan anda. Oleh itu, hanya ambil ubat yang disarankan oleh doktor sahaja.
 
5. Periksa rahim anda
Masalah dalam rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Jadi, penting anda mengetahui keadaan rahim sendiri.
Selain daripada tips-tips di atas, anda juga boleh mendapatkan rawatan secara tradisional dengan melakukan urutan bagi membetulkan kedudukan rahim. Amalan kerohanian juga perlu dipertingkatkan.Perbanyakkanlah sedekah kerana sedekah itu mengundang rezeki.

No comments: