Wednesday, July 18, 2012

PROSES PERSENYAWAAN MANUSIA

MINGGU PERTAMA

Sebaik sahaja persenyawaan berlaku, proses pembahagian sel bermula. Sel meneruskan proses membahagi dan dalam masa yang sama mendekatkan dirinya kearah ruang rahim. Selepas tiga hari, ia sudahpun membahagi kepada 13-32 sel. Masa ini ia dipanggil morula. Ia sudahpun meninggalkan salur fallopia dan bergerak kearah dinding rahim.

Selepas 4-5 hari selepas bersenyawa, janin anda sudahpun mempunyai 500 sel dan sedang memulakan perjalanan ke rahim. Pada saat ini ia dipanggil blastocyst. Ada dua tisu terbentuk pada masa ini. Tisu yang berada diluar dipanggil trophoblast yang bakal menjadi uri berfungsi yang berfungsi memberi makanan kepada bayi anda dan bahagian dalam pula adalah tisu sebenar yang akan membentuk menjadi bayi.

Apabila blastocyst ini sampai ke rahim, ia akan membenamkan dirinya kedalam dinding rahim dan ini terjadi 1 minggu selepas persenyawaan berlaku. Pada hari yang ke 12, blastocyst sudahpun terlekat dengan kuat pada dinding endometrium ( dinding rahim) dimana ia menerima bekalan makanan dari salur darah ibu. Dua minggu dari saat persenyawaan janin sudah berukuran 1/25 inci dan sudah mempunyai tiga lapisan, yang mana semua tisu dan organ akan terbentuk.

PROSES PERSENYAWAAN


Ia bermula apa apabila telur dan sperma bersatu untuk menjadi satu sel-titik permulaan kepada satu kejadian yang menakjubkan. Sel kecil ini akan terbahagi berulang kali sehingga pada minggu yang ke 38, ia berubah menjadi manusia yang mempunyai lebih dari 2 trilion sel.



Semasa proses persenyawaan ini, lebih kurang 100 sperma cuba untuk menembusi dinding ovum, walaubagaimanapun cuma satu saja yang akan berjaya memasukinya. Selepas mereka bersatu, selaput ovum tiba-tiba bertukar dan bertindak menyekat kemasukkan sperma yang lain.

Terdapat juga keadaan dimana ovari mengeluarkan lebih dari satu telur dalam masa yang sama dan sekiranya kedua-dua ovum tersebut disenyawakan oleh sperma kelahiran kembar akan terjadi.

Sperma dan ovum yang bersatu ini dipanggil ZYGOTE. Zygote mempunyai 46 chromosom. Dua puluh tiga dari isteri dan 23 lagi dari suaminya. Kromosom in mengandungi beribu-ribu bahan genetik yang bakal menentukan jantina, rupa dan personaliti bayi anda.






No comments: