Thursday, July 19, 2012

tanda-tanda kehamilan

wanita hamilZuriat merupakan anugerah paling berharga untuk pasangan suami isteri. Pasti kehadiran mereka amat dinanti-nanti oleh pasangan. Untuk permulaan, ia mungkin tidak akan dapat dikesan walaupun dengan menggunakan alat pengesan kehamilan yang ada dipasaran. Tetapi seseorang wanita boleh menjangkakan mereka hamil sekiranya mengalami tanda-tanda seperti yang akan dinyatakan. Panduan ini juga penting kepada suami untuk lebih memahami perkara yang dilalui oleh isteri mereka.
(1) Payudara terasa sakit- Ia merupakan tanda-tanda awal jika seseorang wanita akan hamil. Ini kerana tisu payudara adalah bahagian paling sensitif terhadap perubahan hormon wanita. Apabila hormon progesteron dan hCG  meresap ke dalam tubuh badan selepas telur disenyawakan, ia akan meningkatkan jumlah darah yang membuatkan payudara anda membengkak dan berasa lebih berat daripada biasa.
(2) Kekejangan- Anda akan mengalami kekejangan seolah-olah anda akan datang haid. Proses ini dipanggil sebagai implantasi dimana apabila telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding rahim, tubuh anda akan meregang mengikut kepada pembesaran bayi. Ia akan menyebabkan bahagian tubuh wanita yang akan hamil mengalami kekejangan.
(3) Keletihan- Sekiranya wanita mengalami keletihan yang lain daripada biasa, ia juga berkemungkinan adalah tanda mereka akan hamil. Ini kerana apabila kandungan mula mencecah usia 2 minggu, ia akan mula menyerap kandungan kalori daripada ibu. Ia akan membuatkan ibu berasa mudah letih.
(4) Puting payudara berubah menjadi warna gelap- Hormon kehamilan akan turut mempengaruhi sel-sel dibahagian puting payudara wanita yang akan hamil. Untuk wanita yang berkulit gelap, berkemungkinan mereka tidak sedar akan perubahan ini sehingga usia kandungan mereka mencecah 10 minggu atau lebih.
(5) Berasa loya atau mual- Ini juga merupakan tanda biasa untuk menandakan seseorang wanita hamil. Tetapi ia mengikut terhadap individu, ada yang menerima kesannya awal, lambat dan ada juga wanita yang lansung tidak akan menerima kesannya.
(6) Kembung perut- Apabila seseorang wanita hamil, hormon progesteron akan lebih banyak terhasil. Hormon ini akan melambatkan sistem pencernaan seseorang menyebabkan perut akan menjadi kembung. Proses ini turut dialami sekiranya seseorang wanita akan datang haid. Tetapi sekiranya perut mereka masih kembung dan haid masih tidak datang, ia adalah tanda awal mereka mungkin hamil.
(7) Kerap membuang air kecil- Apabila seseorang wanita hamil, buah pinggang mereka akan berfungsi dengan lebih baik untuk melancarkan sistem perkumuhan anda.
(8) Mengidam- Ini juga adalah tanda biasa yang dialami oleh wanita yang akan hamil. Tanda ini lebih diketahui umum.
(9) Sembelit- Ia sekali lagi hasil daripada kesan hormon progesteron yang melambatkan sistem pencernaan. Ia akan menyebabkan wanita yang akan hamil mengalami sembelit.
(10) Perubahan emosi- Disebabkan keletihan yang dialami oleh wanita yang hamil akan menyebabkan perubahan terhadap kestabilan emosi mereka.
(11) Kerap pening kepala- Ia berlaku kerana proses untuk tubuh anda membiasakan dengan perubahan hormon yang berlaku. Tetapi pening kepala yang dialami oleh wanita hamil biasanya pada tahap yang sederhana sahaja.

No comments: