Sunday, September 30, 2012

tips untuk jadi isteri yang disayangi suami

 


walaupun perkahwinan i masih mentah, anak pun takde lagi, belajar pun tak abis lagi, tapi i nak berkongsi sekadar apa yang i dah lalui. i yakin, sume suami sayangkan isteri. wlaubagaimanapun, ada jugak suami yang buta dan tak sayangkan isteri walaupun isteri dah buat segalanya. itu mungkin ujian Allah. so, i sekadar berkongsi untuk pengantin-pengantin baru eh.
1. layan suami u macam die lah raja di rumah. segala kemahuan suami, u turutkan. suami nak minuman panas, u terus bancuh. suami nak makan nugget, u terus goreng. pagi-pagi sebelum keje, sediakan baju yang dah gosok, kalau perlu lah kan, dan sediakan sarapan, unless suami u jenis tak sarapan. kalau u kerja, at least sediakn air panas untuk minum before keje. malam-malam time suami u rehat tgk tv, u tanya la, u nak minum apa-apa? boleh i ambilkan. mesti suami u suke.
2. sediakan makan minum yang secukupnya. kalau isteri yang bekerja, hujung minggu at least luangkan waktu memasak untuk suami. air tangan isteri pengikat kasih sayang suami. kalau u dapat masak dengan suami, itu bonus. kenangan berada di dapur dengan suami adalah antara saat yang best. tapi biasalah kalau suami masak, akhirnya u yang susah payah kene kemas dapur sebab sure suami tak kemas dapur tu. takpe la kan, at least suami u sudi masak untuk u walaupun sekadar telur goreng. ;)
3. bila u atau suami kat tempat kerja, atau u di rumah sekalipun, seringkali la menghubungi suami u. kalau suami u yang jenis super dupper busy, at least sms tunjukkan yang u sering teringat kat suami. contoh macam aritu hujan dengan sangat lebat, then after suami u dah pegi keje, u sms tanya die; u camne, dah sampai ofis ke? then petang sikit u tanya la, busy ke u arini? i jap lagi ada meeting. lebih kurang mcm tu. so suami u tahu yang u mmg sure ingat kat die walaupun u sibuk.
4.ambil berat tentang rutin seharian di tempt kerja. camne u keje arini? bos u ok ke? camne u punye junior yng baru masuk tu? u handled meeting tadi ok? walaupun bile suami cerita banyak la term-term yang kita tak faham, kita dengar je dan respon , dan tunjuk minat dan akhirnya insyaAllah kita minat. bila kita selalu tanya, suami akan rasa kita ni tempat die berkongsi segala masalah, so bile die ada masalah kat tempat keje, husband akan automatik fikir, balik rumah nak mengadu kat isteri. ha, kan best tu?

5. sesekali pujila suami u. i tengok u ni, hensem pulak, dulu biase je. hehe. tu puji ke hina.. haha. atau, u ni baik hati betul, susah jumpe orang mcm u dalam dunia ni. u ni bijak betullah, bangga i jadi bini u. tentu suami u suka sangat dengar isteri puji. so, puji selalu tau. tentu banyak perkara pada suami u yang u nak puji walaupun die sekadar kerja bawah dari u.

6. sebagai isteri, rajinlah bersolat dan berzikir, tentu suami sayang tengok isteri rajin beribadah. kalau solat jemaah, pas solat, cium tangan suami, minta maaf salah silap yang kita buat tanpa kita sedar.

7. kalau bergaduh, jangan lama-lama. kalau suami u membebel, dengar kan je walaupun tak tertahan nak melawan. jangan la sampai terlepas atau termengungkit perkara-perkara lampau yang suami tak suke. kalau terbuat mcam tu sekalipun, cepat-cepat minta maaf dan janji tak buat lagi.

8. paling penting jangan malukan suami. depan kawan-kawan suami, u kene behave tau. jangan buat suami malu. contohnya, tibe-tibe nak merajuk masa tu, pastu buat pasal tarik muke 10sen. so nanti bile kawan-kawan puji u, mesti suami u bangga. biasanya kawan-kawan perempuan la yg puji kan. kawan lelaki mmg tak sesuai la puji isteri org lain ;)

i rasa itu aje kot. ha, cukup tak? kalau u all ada tambahan, sila la leave komen ok? selamat menjadi isteri yang disayangi suami. sekadar perkongsian oleh seorang isteri yang sayang sangat kat suami.awwww.

penyejuk hati suami

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."


Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:



  • Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
  • Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
  • Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada 'dua bahagian muka syiling'. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa:

"Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif."

tips nak kawen muda

Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.

Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

Friday, September 21, 2012

checklist untuk bersalin

Jom tengok apa senarainya…
Hospital Checklist
* Untuk Ibu *

  1. Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
  2. Kad Pengenalan
  3. Telefon Bimbit
  4. Baju/Blouses ( 5 helai)
  5. Stokin ( 2 pasang)
  6. Kain Batik ( 3 helai)
  7. Baju/Seluar Dalam ( 5 pasang)
  8. Skaf Kepala/Ki/Tudung ( 2 helai)
  9. Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
  10. Majalah/Buku
  11. Tuala Mandi
  12. Maternity Pad/Pad Biasa 1 pek
  13. Tuala Muka ( 1 helai)
  14. Selipar
  15. Kamera
  16. Air/Minyak Selusuh
  17. Minyak Angin
  18. Air Zam Zam
  19. Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)
  20. Termos Air Panas
  21. Bag Plastik
  22. Baju Sejuk (Sweater)
  23. Sikat
  24. Breast Pad
  25. Nursing Bra
* Untuk Bayi *
  1. Baby Diapers ( 6 keping)
  2. Baju ( 3 pasang)
  3. Minyak Telon
  4. Baby Wipes/Wet Tissue
  5. Tuala Mandi
  6. Stokin/Sarung Tangan Bayi (4 pasang)
  7. Peralatan Mandi
  8. Selimut/Bedung
  9. Barut
  10. Topi

Nota kaki : Rasa macam banyak la pulak nak kena standby, mungkin ini senarai keperluan di hospital kerajaan, berdasarkan pengalaman bersalin di hospital swasta, keperluan bayi hanya sediakan untuk balik sahaja. Maknanya, kalau 3 hari kat hospital, 3 hari juga la pakai baju, bedung, diapers yg hospital sediakan.. Untuk ibu,pandai2 la sediakan… :)

Thursday, September 20, 2012

Simptom,Kesan & Masalah ketika mengandung

Semoga dengan sedikit maklumat dan pendedahan ini akan memberikan anda keyakinan dan kekuatan dalam mengharungi detik-detik mains, suka-duka dalam kehamilan anda bersama pasangan anda.
JOM BACA !! Check it out! ;)
  • PANDANGAN MENJADI KABUR
Sesekali pandangan mungkin sedikit kabur takala anda berjalan ataupun bersenam. Tahukan anda bahawa ini menandakan tubuh anda telah mengalami dehidrasi. Jadi apakah yang harus anda lakukan adalah dengan cara meminum lebih banyak air bagi menstabilkan kembali jumlah cecair dalam tubuh anda.
Pada kebiasaannya ini mungkin petanda preeklampsia. Iaitu simpton pandangan kabur yang diikuti dengan rasa sakit kepala, pening-pening, sakit ulu hati, loya dan muntah merupakan simptom tekanan darah anda yang semakin tinggi.
Keadaan ini akan lebih buruk sekiranya pre-eklampsia tadi menyebabkan bekalan darah gagal disalurkan ke plasenta. Antara genjalan lain termasuklah bengkak di tangan, muka dan kai serta adanya protein di dalam air kencing.
  • SAKIT KEPALA
Ia disebabkan oleh hormon kehamilan yang menyerang saluran darah di otak. Perlu anda ketahui juga bahawa hal yang sama juga berlaku jika paras gula terlalu rendah dalam darah sehingga menyebabkan anda sering sakit kepala. Jika anda dalam situasi begini adalah anda dinasihatkan agar makanlah dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap kerana ia dapat membantu anda sedikit dalam menangani masalah ini.
Simptom ini juga memungkinkan ia sebagai petanda tekanan darah tinggi terutamanya jika pandangan anda kabur dan dalam masa yang sama turut mengalami bengkak di tangan dan kaki.
  • MUNTAH-MUNTAH
Ini adalah sesuatu perkara yang normal dari awal peringkat kehamilan. Ia lazimnya tiada apa-apa yang berlaku yang perlu dirisaukan walaupun ia boleh menyebabkan keletihan ibu yang hamil kelihatan lesu dan tidak bermaya.
Ketahuilah bahawa jika anda mengalami muntah secara berlebihan sehingga mengalami dehidrasi (dimana bibir dan lidah kelihatan kering) ia mungkin hyperemesis gravidarum (muntah dan loya) yang memerlukan anda mendapatkan rawatan khas dari hospital.
  • PENDARAHAN
Ia merupakan tompokan darah di awak kehamilan adalah perkara biasa. Anda mungkin mengalaminya selepas bersenggama kerana berlakunya perubahan hormon di lapisan sel serviks.
Anda juga perlu mengetahui bahawa jika pendarahan anda banyak berlaku sebelum minggu ke-12 kehamilan adalah petanda keguguran manakala jika ia berlaku selepas tempoh itu, ia mungkin ada kaitan dengan kedudukan plasenta di bahagian bawah rahim.
  • LELEHAN PADA FARAJ
Jika lelehan di faraj anda sedikit dan berwarna keputihan, menandakan ia adalah normal.
Sekiranya ia tebal dan menyakitkan/ gatal-gatal, ia mungkin jangkitan kandida. Mungkin juga sejenis bakteria yang dipanggil GBS. Dimana ia boleh dipindahkan ke bayi anda sewaktu proses bersalin.
Seandainya pula lelehan tersebut berbau serta kurang menyenangkan, mungkin ia berpunca daripada jangkitan bakteria vaginosis yang boleh meningkatkan risiko keguguran dan kelahiran bayi pra matang. Biasanya Doktor akan mengatasi masalah ini dengan menggunakan ubat antibiotik.
Ketahuilah bahawa jika lelehan berupa cecair tanpa warna yang banyak pula selepas minggu ke-12 ia mungkin menandakan bahawa ketuban telah bocor atau risiko kelahiran pra matang (sebelum minggu ke-37).
  • KERAP BERASA LAPAR
Selalunya wanita yang hamil terlalu kerap lapar, apa yang perlu anda tahu ialah anda hanya peru tambahkan 200 kalori untuk sahari sahaja. Masalah ini berlaku kerana kesan perubahan hormon pada paras gula dalam darah.
Ketahuilah bahawa jika anda dahaga, letih dan kerap membuang air keci serta sentiasa lapar anda mungkin mengalami gestational diabetes. (Pastikan sewaktu anda berjumpa dengan doktor anda telahpun melakukan pemeriksaan darah MOGTT bagi menentukan status anda)
  • BUKU LALI BENGKAK
Tahukah anda bahawa air yang bertakung akan menyebabkan kaki dan buku lali bengkak.
Adalah anda dinasihatkan agar ketika anda berbaring atau tidur, sentiasalah meletakkan kaki anda di paras yang lebih tinggi.
Jika masalah ini berlaku secara tiba-tiba, teruk dan pada masa yang sama bengkak turut berlaku di tangan, lutut dan muka, ia adalah petanda pre-eklampsia. Anda juga dinasihatkan agar segera bertemu dengan doktor anda untuk pemerikasaan lanjut.
  • GUSI BERDARAH
Ini menandakan hormon kehamilan meningkatkan bekalan darah ke sesetengah tisu termasuk gusi. Oleh kerana itulah ia mudah berdarah takala anda menggosok gigi.
Ketahuilah bahawa jika gusi anda masih sakit, anda mungkin mengalami penyakit gusi (gingivitis). Jadi, segeralah dapatkan pemeriksaan doktor gigi segera.
  • KERAP SELSAMA DAN BATUK
Ketika hamil, sistem imunisasi akan menjadi lemah. Jadi, jika anda mungkin kerap mengalami jangkitan. Seharusnya apa yang anda wajar lakukan adalah dengan mengamalkan pemakan diet yang seimbang dengan melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu anda.
Ketahuilah jika batuk, selsama anda tidak berkurangan, doktor akan memberikan antibiotik bersesuaian.
  • DAHAGA
Adalah mudah untuk ibu-ibu yang hamil selalu mengalami dehidrasi ketika hamil. Jadi, minumlah lebih banyak air.
Tahukah anda bahawa jika anda lapar sepanjang masa, buang air kecik dan letih, anda mungkin mengalami gestational diabetes. Keadaan ini akan menyebabkan bayi bersaiz besar dan berisiko untuk melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin.

lapar ketika mengandung....

(sedang mengalami... lapar tiap mase wehh...!!! =.=")

Ketika mengandung selera makan akan berubah kerana hormon yang ada ketika itu. Anda mungkin berubah cita rasa makan dan boleh mengalami kelaparan yang teramat dan perubahan secara tiba-tiba kepada cita rasa makanan dan minuman.

Ada ibu mengandung mendapat impresi perlu makan untuk 2. Memang perlu tambah tapi memadai mengikut kalori tertentu sahaja agar tidak berlebihan berat badan pula dan menghadapi masalah untuk menurunkan berat badan

Jadi bagaimana untuk menghadapi kelaparan dan dalam masa yang sama berat tidak naik terlalu banyak. Kuncinya adalah memilih makanan yang sihat dan berkhasiat. Kebanyakan wanita mendapati selera lebih terkawal dengan memakan sedikit-sedikit sebanyak 6 kali sehari berbanding makan dengan banyak 3 kali sehari dan di sertai dengan snek. Dengan makan sedikit sepanjang masa, anda akan membekalkan badan dan bayi anda tenaga berterusan untuk pembesaran. Anda juga akan dapat mengembalikan kadar metabolisme sepanjang waktu serta menyimpan tenaga. Jangan tinggalkan waktu makan anda.

Makanan berkhasiat bermaksud pilihan mengandungi fiber yang tinggi serta makanan bernutrisi yang penuh dengan vitamin, mineral dan nutrien yang diperlukan. Makanan fiber tinggi dapat mengelak sembelit ketika hamil. Ia juga membantu berasa kenyang lebih panjang. Namun jika terlebih fiber juga akan menyebabkan kembung dan lebihan angin dalam badan. Protein tanpa lemak, sayuran dan bijirin penuh adalah pilihan yang bagus ketika mengandung. Ikan bagus untuk mendapatkan sumber protein, mineral, vitamin D dan asid omega-3 fatty. Pilihan ikan juga pastikan yang selamat yang tidak mengandungi merkuri.

Minum dengan banyak untuk kekal segar. Kadangkala badan kita tertipu mengatakan kita kelaparan sedangkan sebenarnya kita dahaga. Mekanisme menyatakan lapar dan dahaga sama. Jadi jika ini kes nya, anda akan makan sedangkan anda dahaga.

Bersenam juga bagus untuk memotivasikan anda kekal mengambil makanan yang sihat
Ada kala, waktu malam anda akan berasa lapar ketika terjaga dari tidur. Pastikan anda tidak tidur dalam keadaan lapar.

 Jika kelaparan tengah malam, makan makanan seperti bijirin, roti atau biskut.
Namun jangan pula anda terlalu mengawal pemakanan anda sehingga kekurangan khasiat yang diperlukan. Anda dan bayi memerlukan khasiat untuk pembesaran bayi anda.

Cara mengatasi alahan



Makanan

Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman

Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian

Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?

Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
Berat badan anda menurun dengan banyak.
Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda

perubahan badan ketika mengandung..

BANYAK perubahan berlaku pada badan ibu semasa mengandung dan yang paling diberi perhatian adalah kulit.
Perubahan ini mungkin mencemaskan kerana ia mengubah rupa paras
badan ibu. Bahagian yang ketara berlaku adalah pada kulit, kuku dan
juga rambut.
Walaupun mencemaskan serta mengecewakan, perubahan ini hanyalah
bersifat sementara dan hilang selepas kelahiran berlaku dan juga tidak
membahayakan.
Para ibu boleh berbincang dengan doktor masing-masing sekiranya perubahan ini mengubah serta mengganggu emosi.
Antara yang akan diketengahkan kali ini adalah:
1. Perubahan normal pada kulit, kuku serta rambut ibu semasa mengandung.
2. Perawatan yang ada, sekiranya diperlukan, untuk mengurangkan kesan-kesan tersebut.
*Kulit semasa mengandung
Kebanyakan perubahan akibat penyakit kulit, mengapa ianya berlaku serta puncanya tidak diketahui.
Semasa mengandung, banyak perubahan fizikal berlaku kepada seorang
ibu seperti sakit belakang dan juga kesan-kesan kulit menegang.
Namun, yang paling ketara untuk para ibu mungkin pada bahagian kulit, rambut serta kuku.
Perubahan ini berlaku kerana berlakunya perubahan hormon dalam badan semasa mengandung.
Mungkin juga perubahan pada kulit sudah pun wujud, cuma penampilannya lebih jelas kelihatan semasa mengandung.
* Tompok-tompok gelap atau hitam
Ketika mengandung, para ibu mungkin menyedari kehadiran tompok atau
bintik kegelapan (kehitaman) pada payudara, puting dan juga di celah
kangkang.
Ini adalah kerana paras melanin yang meningkat iaitu komponen yang memberikan warna pada rambut dan juga kulit.
Kira-kira 90 peratus wanita mengandung akan mengalami tompok-tompok
kehitaman ini sementara mereka yang berkulit gelap akan menunjukkan
kesan-kesan melanin dengan lebih jelas.
Tompok-tompok kekelabuan sekitar mata, hidung dan pipi pula dipanggil �chloasma� ataupun dikenali sebagai �topeng mengandung�.
Hampir 70 peratus mereka yang mengandung akan mengalami perubahan
kulit ini. Sekiranya terdedah kepada matahari secara berpanjangan,
warna tompokan ini akan menjadi lebih jelas serta gelap.
Oleh itu, ibu-ibu harus mengehadkan pendedahan muka pada matahari
sekiranya tidak mahu tompokan ini menjadi lebih jelas kelihatan.
Sekiranya perlu berada di bawah sinaran matahari untuk suatu jangka
masa yang panjang, lindungi dengan krim pelindung cahaya matahari (sun
protection factor), sekurang-kurangnya krim yang mempunyai nilaian 15,
atau gunakanlah payung yang gelap dengan diameter yang lebar.
Perubahan kulit ini juga tidak berkekalan dan lazimnya akan hilang dan pudar selepas anak dilahirkan.
Sekiranya masih terjadi tompok kegelapan tersebut, segeralah berjumpa doktor untuk nasihat dan ujian lanjut.
Para ibu juga mungkin menyedari kehadiran garisan gelap dari pusat ke kawasan kemaluan dikenali sebagai �linea nigra�.
Garisan ini sememangnya sudah ada sebelum mengandung tetapi hanya lebih jelas kelihatan semasa mengandung.
Ibu-ibu juga boleh menggunakan bahan-
bahan solekan untuk mengurangkan keterampilan perubahan kulit pada
muka tetapi harus dipastikan terlebih dahulu, bahan-bahan solekan ini
selamat untuk digunakan dan diperakui oleh badan kesihatan.
* Tanda keregangan
Sepanjang kehamilan, kulit di perut terutamanya di bahagian rahim akan makin membesar, menegang dan menjadi kemerahan.
Tanda-tanda ini akan lebih jelas kelihatan sekiranya pembesaran
rahim berlaku dengan pantas. Pada trimester ketiga, bahagian badan ibu
akan jelas sekali menunjukkan keregangan kulit di bahagian perut, paha,
punggung serta payudara.
Tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan keregangan
ini selain penggunaan bahan-bahan kosmetik untuk menyembunyikannya.
Tanda-tanda keregangan ini akan menjadi pudar selepas anak dilahirkan tetapi ia tidak akan hilang sepenuhnya.
Tanda keregangan juga akan kelihatan sebagaimana semasa mengandung
sekiranya seorang ibu itu secara genetiknya mempunyai kulit yang lebih
gelap.
* Perubahan pada rambut
Perubahan hormon juga menyebabkan rambut ibu menjadi lebih lebat,
kadangkala mungkin tumbuh pula bulu-bulu di bahagian-bahagian yang
sebelum ini tidak mempunyai bulu.
Pertumbuhan bulu-bulu baru ini dipanggil �hirsutism� dan ianya akan hilang setelah enam bulan anak dilahirkan.
Keguguran rambut juga mungkin berlaku dalam masa tiga bulan selepas
kelahiran. Ini adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan kerana
keadaan rambut pada badan ibu sedang kembali kepada keadaan sebelum
mengandung.
Tidak ada ubat yang dapat digunakan untuk menghalang keguguran rambut ini selepas kelahiran anak.
Untuk kehadiran bulu-bulu di bahagian-bahagian lain badan, ibu-ibu
boleh mencabutnya ataupun berhubung dengan pakar-pakar kecantikan jika
ia tidak hilang selepas enam bulan.
* Perubahan kuku
Kuku ibu mengandung menjadi lebih cepat panjang dan kadangkala
senang pecah serta merekah. Jangan runsing kerana kuku akan menjadi
seperti sediakala selepas anak dilahirkan.
* Vena lelabah
Perubahan pada pembuluh darah juga mungkin berlaku disebabkan pertambahan jumlah darah di dalam badan semasa mengandung.
Salur-salur darah yang kecil kelihatan pada kulit ibu mengandung dikenali sebagai vena lelabah.
Lazimnya vena lelabah ini ketara semasa 14 minggu pertama
mengandung. Mereka yang berkulit cerah akan mendapati kehadiran vena
lelabah ini juga berlaku di kawasan muka, leher dan lengan.
* Vena varikos
Penyekatan secara perlahan aliran darah dari bahagian kaki ke
jantung mungkin akan berlaku disebabkan rintangan oleh rahim yang
membesar serta penambahan berat badan.
Kaki para ibu mungkin akan membengkak, menjadi biru dan juga tidak
selesa atau rimas. Ini dipanggil sebagai vena varikos dan ia juga
berlaku di dubur dan sekitar faraj.
Di dubur, ianya dipanggil sebagai buasir. Faktor turun-temurun juga
memainkan peranannya. Para ibu mungkin akan menghidapinya sekiranya
mempunyai sejarah ahli keluarga dengan masalah tersebut.
Langkah-langkah yang boleh diamalkan supaya vena varikos tidak menjadi lebih teruk adalah:
�Penggunaan stoking kaki yang dapat mencegah sedikit sebanyak vena varikos.
�Bersenam seperti berjalan, berenang dan juga menggunakan basikal yang khas untuk bersenam seperti di gim.
�Mengangkat kaki lebih tinggi dari paras jantung ketika berbaring supaya senang darah kembali ke jantung.
�Jangan duduk dengan kaki menyilang antara satu sama lain.
�Sekiranya terpaksa berdiri untuk suatu jangka masa yang panjang, pastikan sentiasa bergerak untuk menggalakkan aliran darah.
* Lain-lain masalah kulit
Plak dan papula pruritik urtikarial
* Berlaku pada satu daripada 200 wanita mengandung. Kulit kelihatan
mempunyai tompok-tompok kecil yang timbul dan kemerahan, biasanya pada
peringkat terakhir kandungan. Tompok-tompok kecil ini boleh bergabung
menjadi lebih besar. Ianya gatal dan lazimnya bermula di bahagian
abdomen dan merebak ke paha, punggung dan juga payu dara. Krim berubat
steroid boleh digunakan dan ianya akan hilang selepas tamat kehamilan.
Prurigo semasa mengandung
* Kemunculan tompok-tompok kecil yang gatal dan kelihatan seperti
gigitan serangga. Ianya berlaku pada mana-mana sahaja bahagian badan,
pada bila-bila masa semasa tempoh mengandung. Tompok-tompok kecil ini
mungkin tidak hilang selepas tempoh kehamilan dan boleh bergabung untuk
membentuk bahagian gatal yang lebih meluas.
Pemphigoid gestationis
* Jarang berlaku, tetapi sekiranya berlaku akan bermula pada tempoh
kandungan trimester kedua serta ketiga dan juga sejurus selepas
kelahiran. Lukanya seperti kulit terkena air panas, seakan-akan melecur
dan mungkin boleh melibatkan banyak kawasan pada badan.
Kolestasis semasa mengandung
* Kolestasis merupakan penyakit hati yang lazim berlaku semasa
mengandung. Rungutan utama pesakit adalah kegatalan kulit yang berlaku
secara meluas di tapak tangan dan juga kaki di samping boleh merebak ke
bahagian lain badan. Masalah ini biasanya bermula pada tempoh
mengandung trimester ketiga tetapi akan reda selepas kelahiran dan
mungkin berulang untuk kehamilan berikutnya. Doktor akan menasihatkan
supaya ibu mengandung lebih kerap ke hospital kerana kolestasis ini
dikaitkan dengan risiko kelahiran pramatang, kematian bayi dan juga
permasalahan lain.
Bagi ibu mengandung yang mungkin telah mempunyai penyakit kulit lain
atau sedang menerima perawatan untuk penyakit kulit, ada penyakit kulit
yang bertambah baik dan ada juga yang bertambah teruk ketika
mengandung.
Contohnya, penyakit kulit dermatitis atopik menjadi lebih gatal
semasa mengandung, psoriasis pula semakin reda dengan mengandung.
Jika khuatir keadaan badan selepas mengandung menjadi lebih teruk,
para ibu dinasihatkan berjumpa doktor untuk nasihat dan ujian lanjut
bagi memastikan sebarang masalah kesihatan yang timbul tidak
membahayakan nyawa ibu dan juga bayi yang dikandung.
- PROF. MADYA DR. SHAH REZA JOHAN NOOR (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)

petua bakal ibu dan kesihatan

Petua untuk bakal ibu
Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita kehamilan paling ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.

Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti sewaktu berbadan dua bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Pengalaman hamil pasti memberi pengalaman manis sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu.

Berikut beberapa tips yang boleh dikongsi untuk bakal ibu.

Perkara perlu dielakkan sewaktu hamil:

* Penjagaan kuku tangan kaki - Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda.

Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.

* Jalani rawatan muka - Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.

* Mewarna rambut - Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

* Kasut bertumit - Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

* Ubat nyamuk - Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

* Derma darah - Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.

* Bawa barang - Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.

* Durian - Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

* Kapal terbang - Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.

* Gincu bibir - Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.

* Krim pemutih - Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

* Ubat jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.

Nutrisi penting sewaktu hamil

* Protin - Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protin tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi

* Kalsium - Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi

* Zat besi - Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang

* Asid folik - Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf 'embryonic' dan 'fetal' yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin

* Serat - Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung

* Air - Amalkan meminum air putih lapan hingga 12 gelas sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup

Makanan tambahan sewaktu hamil

Pengambilan makanan tambahan dengan dos berlebihan boleh membahayakan ibu kerana ia larut dalam lemak. Paling penting adalah kalsium, asid folik dan zat besi.

Makanan yang harus dielak sewaktu hamil

Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.

fakta tentang bayi..

• bayi tiada kepala lutut. ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

 • bayi tiada air mata. mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu

• mereka mempunyai lebih tulang. orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

 • empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

 • bayi mempunyai deria bau yang kuat. boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan....
 
• penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

 • rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

 • bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

 • deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

 • jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

 • bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

 • berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

 • mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

 • bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

 • bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

 • bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Wednesday, September 19, 2012

lewat peyed 16 hari....

hari ni genap 16 hari aku lewat peyed....
 
 smlm kol hosp teganu dekat o&g...
die suh test pagi2 hari ni...
 so aku test mmg -ve pukul 5.30 pg td...
 hmmm then kol 7.30 aku p klinik...
test urin skali ag still -ve...
 test kencing kotor pon xde protin..
 cam hampe gak...
 
 then p bincang ngn doc aku lak y saran nk scan mane tau ade nampak kantung ke...
 tp sayang aku da kencing awal blader aku kosong so cari punye carik mmg xnampak pape...
sedey lg...
then doc cakap suh mai lg 2 minggu...
 sebab die cakap ade patient mcm aku xnampak n -ve tp pas 2 minggu baru nampak n positif...
 
lau aku peyed lepas 10 hari kene p xray falopio...
lau xpeyed kene tunggu sampai mggu2 depan ag...
penatnyerrrrr menunguuu nihhhh!!!!
 
hmmmm aku pon xtau nk pk pe da...
aku harap sangat aku akan dapat baby...
 hati aku da terbuka n aku yakin dan pasti aku da bersedia....
harap Allah dengar isi hatiku....

Thursday, September 13, 2012

makanan untuk wanita

Makanan yang Menggalakkan Kesuburan Wanita :
Taugeh
Bayam
Dal Kanji
Kacang Botol
...
Herba Organik
Cendawan
Daun Dukung Anak

Makanan untuk Ibu Hamil :
Tempe
Ikan Bilis
Ikan
Tofu
Jantung Pisang
Halia
Daging Rusa

Makanan yang Membantu Melancarkan Perjalanan Darah :
Pegaga
Ulam Raja
Anggur
Petai
Lada Hitam
Daun Dukung Anak

Wednesday, September 12, 2012

cara untuk berubah.........

"Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan berapa orang lelaki dah. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor,"

"Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit,"

"Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila aku tengok kawan-kawan yang berubah, bila aku tengok kawan-kawan yang pakai tudung labuh dan berbaju kurung, aku rasa aku ini tak baik. Aku nak berubah tapi aku malu. Aku rasa susah. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl dan pashmina,"

Iman Itu Masih Ada.

Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu salah satu daripada peringkat taubat.

Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. Tak percaya?

Mana lebih senang. Pergi konsert atau pergi masjid? Kalau pergi konsert, perlu keluarkan duit untuk membeli tiket dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Faedah? Belum tentu. Kalau pergi masjid, langkahan kaki pun sudah dikira. Tidak perlu keluarkan modal. Malah makin dicintai Allah. Asal niat betul.

Mana lebih senang. Bersedekah atau mencuri? Kalau bersedekah, hanya keluarkan duit. Zahirnya berkurang sedangkan hakikatnya semakin meningkat saham di sana. Kalau mencuri, hati gelisah dan tidak tenteram. Hidup dalam ketakutan. Tidak bahagia.

Selagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?

Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia! Ini bukan marah tetapi tegas dan semangat!.

Create the Future

Kita selamanya tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya mulai hari sekarang. Apa yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. Yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha? Begitu juga dengan soal rezeki dan jodoh. Qada muallaq iaitu ketentuan Allah yang tercatat di lauhul mahfuz dan kita boleh mengubahnya. Tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa.

Mari saya datangkan satu analogi. Katakan Ahmad seorang pelajar yang bermasalah, malas belajar dan menghisap rokok. Tiba suatu ketika, terdetik penyesalan di hatinya. Dan ketahuilah, saat itu, dia punya dua peluang. Peluang ke arah kebaikan atau sebaliknya. Terhimpit antara dua lorong.

Lorong pertama, memilih untuk rajin belajar dan meninggalkan tabiat menghisap rokok. Lorong kedua, masih tetap dengan perangai dan tabiat lama. Apakah mungkin jika dia masih berada di lorong kedua, pada masa hadapan nanti dia bakal menjadi seorang graduan universiti yang punya sahsiah mulia dan cemerlang? Sudah tentu tidak! Tetapi sebaliknya yang berlaku jika lorong pertama yang menjadi pilihan.

Ini yang saya maksudkan. Bukan mahu menjadi ahli nujum. Cuma mengajak untuk bersama membina masa hadapan. Mencipta jalan cerita sendiri. Kita umpama pelakon di pentas dunia. Kita punya kuasa untuk mengarah jalan drama sendiri. Dan yang pasti hanya ada dua pilihan yang terbentang. Satu lorong yang dipilih, akan membawa kepada lorong yang lain. Jika lorong kebaikan dan perubahan yang dipilih, pasti kesudahannya juga begitu. Begitu juga sebaliknya. Inilah sunnatullah.

Buat Dirimu...

Sayangku nisa', usah biarkan keterlanjuranmu menjadi sejarah hitam yang terus mencalit debu kehitaman walau hingga ketika ini. Itu semua sejarah dahulu dan ketahuilah hari ini juga bakal menjadi sejarah. Tetapi bezanya sejarah dahulu itu menjadi suatu pengajaran yang besar buat diri. Dan sejarah yang bakal ditelusuri ini, ketahuilah, dirimu masih punya waktu. Usah persiakannya!

Juga buat diri yang rindu akan kebaikan. Apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, engkau mahu melepaskan peluang ini? Apakah pada saat Allah membuka jalan taubat buatmu, engkau memilih untuk semakin menjauh daripada-Nya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana malu dengan manusia sekeliling? Atau merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan? Ketahuilah Dia Maha Pengampun. Usah pedulikan pandangan mereka dan mereka itu, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia menunggumu untuk sujud kepada-Nya! Bersama air mata taubat seorang hamba!

Buat nisa', walau dirimu merasa tiada yang menyayangi, ketahuilah aku di sini amat menyayangimu sekalipun kita tiada pernah mengenali. Tetapi walau sebesar mana kasihku kepadamu, masih pasti belum mampu menandingi kasih-Nya terhadapmu. Apakah saat ini masih mahu berpaling?

Motivasi daripada Kisah.

Saya memahami, berbicara itu mudah tetapi mahu melakukan itu tidak semudah bicara dan tulisan. Kerana itu perlu kepada kisah-kisah yang dapat menguatkan hati. Yang bisa meneguhkan keazaman dalam diri untuk menjadi lebih baik.

Pasti dan sudah tentu pernah mendengar kisah seorang pelacur perempuan. Yang kiranya dipandang manusia begitu kotor dan jijik pada masa kini sehingga melahirkan anak di luar perkahwinan yang sah. Walaupun mereka itu kini telah menyesal dan ingin berubah tetapi tetap dipandang serong. Tiada sokongan dan semangat yang ditiup tika mereka lemah. Kerana terusan dihantui dosa-dosa lalu.

Dengarkan kisah ini yang ingin saya putar kembali. Kembali kepada kisah pelacur perempuan. Yang berzina. Tetapi dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing. Tidakkah rahmat Allah itu luas? Kerana itu berhenti menghukum manusia. Walau kotor pada pandangan manusia, kita tiada pernah mengetahui apakah pandangan-Nya.

Lihat diri sendiri dan nilai. Diri sendiri juga belum tentu baik. Diri sendiri juga belum tentu dipandang-Nya. Walaupun kita melakukan kerja dakwah, walaupun diri itu sentiasa memberi tazkirah, walaupun diri itu aktif dalam program keagamaan. Saya suka untuk kembali mengingatkan kepada niat. Lagi sekali, lihat dan nilai. Itu semua tidak bermakna jika hati terdetik riak dan melakukan kerana ingin dipandang hebat oleh manusia. Kerana ingin supaya manusia memandang tinggi. Kerana ingin manusia memandang diri itu bagus, baik, soleh dan solehah. Tika itu, tanya diri sendiri, di mana niatmu yang kau katakan kerana Allah?

Lagi saya bawakan kisah yang cukup sering didengari. Kisah pembunuh yang telah membunuh 99 orang.Lihat usaha dan kehendaknya yang ingin bertaubat. Pembunuhannya mencukupi 100 orang apabila membunuh seorang alim yang mengatakan bahawa dia telah tiada harapan.

Namun, tidak pernah cuba untuk berputus asa. Mengikut nasihat seorang alim yang lain yang mengatakan bahawa perlu penghijrahan ke satu perkampungan yang suasananya bisa membantunya bertaubat. Namun,di pertengahan jalan, dia meninggalkan dunia tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang usaha bertaubat. Dan dia dimasukkan ke dalam syurga.

Kesimpulan.

Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.

Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tiada ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Apabila jalan hidup kita begitu dan begini,yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, Dia ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan. Allah ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh.

8 SEBAB KEGUGURAN BERLAKU


 Keguguran di awal kehamilan adalah sesuatu yang kerap terjadi di kalangan wanita dan ramai pakar perubatan berpendapat bahawa keguguran adalah sebahagian dari proses pembiakan wanita yang normal. Ka...jian telah menunjukkan ramai di kalangan wanita yang tidak mengetahui mereka sebenarnya keguguran kerana ia terjadi terlalu awal. Kajian menunjukan 70% dari telur yang berjaya disenyawakan, gugur di awal kehamilan pada saat ujian air kencing masih belum positif.

Apabila saat ujian air kencing sudah positif, 1 dalam 5 kehamilan ini pula akan mengalami keguguran.

Walau bagaimanapun, keguguran pada mana-mana peringkat kehamilan boleh memberikan tamparan yang hebat terhadap anda lebih-lebih lagi apabila anda sudah mencuba sekian lama untuk hamil. Ramai yang tertanya-tanya mengapa ia terjadi dan tidak kurang juga yang cuba menyalahkan diri sendiri. Jesteru itu, amat penting untuk anda memahami bahawa, kebanyakkan dari sebab keguguran tidak dapat anda elakkan dan ia terjadi dengan sendiri.

Walaupun 10-20% keguguran tidak diketahui punca dan sebabnya, berikut adalah 8 sebab yang kerap dikaitkan dengan keguguran


1. Kromosom yang tidak normal
Mengikut kajian perubatan, 60% daripada penyebab keguguran adalah disebabkan oleh kromosom yang tidak normal. Kromosom adalah struktur kecil di dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik, dengan total 23 pasang, satu set dari ibu dan satu set dari bapa.
Kadang-kadang, apabila telur dan sperma bertemu, salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang akan mengakibatkan keguguran.
Dalam kes yang sangat jarang, pasangan didapati mempunyai kecacatan pada kromosom mereka tetapi ketidaknormalan ini yang tidak memberi sebarang kesan negatif kepada diri mereka sendiri, tetapi boleh menyebabkan keguguran berulang sekiranya kehamilan berlaku.

Apa yang boleh anda lakukan
Jika anda mengalami keguguran pertama kali, jangan terlalu risau. Kemungkinan untuk anda hamil lagi dan melahirkan anak yang sihat adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika kehamilan kedua juga mengalami keguguran lagi, anda mungkin ingin mempertimbangkan samada tisu janin anda dihantar ke makmal untuk ujian kromosom. Sekiranya keputusan didapati normal, ujian-ujian yang lebih terperinci mungkin akan disarankan. Bagi mereka yang mengalami kromosom tidak normal, rujukan kepada pakar genetik mungkin akan disarankan.

2. Kecacatan pada sistem peranakan
Jika anda dilahirkan dengan rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang tersenyawa gagal tertanam dengan sempurna dan keguguran akan berlaku. Mengikut kajian perubatan, kecacatan pada rahim seperti Bicornuate Uterus atau Uterine Septum menjadi penyebab kepada 10 peratus daripada keseluruhan keguguran. Pangkal rahim yang longgar yang dipanggil “cervical incompetence” juga boleh membawa kepada keguguran dan ia kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh janin yang semakin membesar meninggikan tekanan dalam rahim menyebabkan pangkal rahim terbuka dan janin akan gugur dengan senang.

Apa yang boleh anda lakukan
Anda mungkin akan disarankan menjalani ujian Hysteroscopi atau Laparoscopi untuk diagnosa yang tepat samada anda mengalami ketidaknormalan pada rahim. Sekiranya diagnosa sudah dipastikan dengan tepat, pembedahan yang sesuai mungkin akan disarankan. Sekiranya berlaku pangkal rahim yang longgar doktor mungkin akan mengesorkan pembedahan ikat pangkal rahim atau dipanggil cervical cerclage.

3. Masalah ketumbuhan pada sistem peranakan
Masalah peranakan lain seperti Fibroid juga boleh mengganggu sistem peranakan anda dengan menghalang implantasi yang berkesan dan boleh menyebabkan keguguran. Penyakit endometriosis juga dikaitkan dengan keguguran kerana bahan kimia dari sista endometriosis adalah toksik terhadap janin dan boleh menyebabkan keguguran.

Apa yang boleh anda lakukan
Sekiranya pasti anda mengalami fibroid, pembedahan membuang fibroid yang dipanggil myomectomy mungkin akan disarankan. Jika endometriosis menjadi punca masalah anda, pembedahan membuang sista dan tisu-tisu endometriosis menjadi penting sekiranya anda ingin hamil semula.

4. Masalah Immunologi
Terdapat masalah perubatan di mana badan wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan menyebabkan keguguran berlaku. Masalah ini atau lebih dikenali sebagai Sindrom Antiphospholipid terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma dianggap sebagai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil. Tubuh wanita seterusnya akan membentuk antibodi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan
Walaupun rawatan terhadap masalah ini masih dalam peringkat eksperimen dan hasilnya tidak begitu memuaskan, doktor selalunya akan menyarankan rawatan ubat aspirin, heparin atau steroid untuk mengurangkan risiko keguguran anda.

5. Penyakit perubatan yang tidak terkawal
Masalah penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang yang tidak terkawal dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sesuai untuk janin hidup dengan sihat seterusnya akan menjurus kepada masalah keguguran.

Apa yang anda perlu lakukan
Pastikan masalah perubatan anda terkawal sebelum merancang untuk hamil. Jumpa doktor dan tukar cara hidup kepada yang lebih sihat.

6. Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
Dalam kes PCOS, tahap ketidakseimbangan hormon menyebabkan ovulasi menjadi tidak teratur dan haid tidak menentu. Di samping terdedah kepada risiko kencing manis, PCOS juga menyebabkan pesakit kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Ini boleh menjadi punca kepada keguguran berulang. Kajian menunjukkan 10-20 peratus wanita yang kerap gugur didapati mengalami PCOS.

Apa yang anda perlu lakukan
Jumpa doktor anda untuk memastikan anda bebas dari kencing manis sebelum hamil. Doktor mungkin akan menyarankan Pil Metformin sekiranya anda kebal pada insulin.Pastikan berat badan anda dalam BMI yang optimal dengan bersenam dan diet yang sesuai.

7. Jangkitan Kuman
Jangkitan kuman seperti rubella, cytomegalovirus, toxoplasmosis dan bacterial vaginosis boleh menyebabkan keguguran, tetapi ia jarang jarang terjadi. Agak sukar untuk mendapatkan jangkitan rubella disebabkan pemberian vaksin diperingkat sekolah dan risiko untuk toxoplasmosis semasa hamil pula adalah kurang dari 0.2%.

Apa yang anda perlu lakukan
Sekira anda pengemar kucing, keguguran bukan sebab untuk anda membuang kucing anda kerana kemungkinan besar anda sudah pun imun pada jangkitan ini, jadi risiko janin terjangkit dengan jangkitan toxoplasmosis adalah sangat rendah. Kajian perubatan menunjukkan 60% wanita sudahpun imun kepada toxoplasma sebelum mereka hamil lagi.
Walaubagaimanapun, jumpa doktor sekiranya anda risau keguguran anda mungkin berpunca dari jangkitan kuman. Ujian darah boleh mengesahkan anda pernah mengidap penyakit ini tetapi mungkin tidak dapat memberikan jawapan samada ia penyebab keguguran anda. Rawatan Antibiotik mungkin akan disarankan.

8. Gaya Hidup tidak sihat (Rokok, Alkohol, Dadah, Toksin Alam Sekitar)
Kajian perubatan mendapati Nikotin yand disedut dari rokok dapat mengalir ke dalam darah dan menebusi uri anda dan seterusnya mengganggu bekalan darah dan pertumbuhan janin. Statistik menunjukkan perokok mempunyai dua kali risiko untuk gugur berbanding dengan bukan perokok. Minum alkohol yang keterlaluan juga dikaitkan dengan keguguran.
Kajian juga menunjukkan wanita yang bekerja di ladang, di bilik operasi, pejabat dan klinik pergigian makmal mempunyai kadar keguguran yang lebih tinggi dari biasa di atas sebab sebab yang tidak diketahui.

Apa yang anda perlu lakukan
Elakkan semua tabiat yang boleh merosakkan badan anda sebelum mencuba untuk hamil untuk memastikan kandungan yang sihat. Sekiranya anda mengesyaki tempat kerja anda boleh memberikan kesan terhadap kehamilan anda, beritahu doktor anda tentang kerisauan anda.

Tanda-Tanda Keguguran
Pada awal kehamilan, anda mungkin kerap mengalami kejang pada perut dan rasa tidak selesa, ia selalunya normal tetapi jika ia disertai dengan pendarahan faraj yang banyak, anda mungkin mengalami keguguran. Doktor anda mungkin akan memeriksa faraj anda dan ujian Ultra Sound mungkin akan dilakukan untuk memastikan adakah janin masih hidup. Sekiranya pasti tidak ada degupan dan sisa keguguran masih banyak tertinggal, doktor anda mungkin akan menyarankan prosedur yang dipanggil D&C untuk memastikan tiada risiko jangkitan kuman pada rahim anda.

~portal Alam Hamil

Sunday, September 9, 2012

soalan untuk scan trimester pertama

Melakukan imbasan ultrabunyi(atau imbasan ultrasound) semasa minggu-minggu awal kehamilan merupakan satu pengalaman yang mendebarkan hati. Sungguh istimewa apabila melihat tompok hitam bersama denyutan jantungnya yang akan menjadi bayi anda.

Tetapi, skan juga boleh membimbangkan. Bagaimana jika denyutan jantung tidak dikesan? Bagaimana jika yang dilihat lebih kecil daripada yang sepatutnya? Ada apa-apa masalah ke? Ingatlah yang anda mungkin memerlukan skan kedua sebelum anda berpuas hati yang semuanya selamat.


Bilakah masanya saya membuat skan pertama?

Semua wanita hamil dinasihati melakukan skan pentarikhan semasa dalam enam hingga 14 minggu kehamilan. Jarak dari mercu kepala ke punggung janin (crown-rump length - CRL) diukur untuk menentukan tarikh dijangka bersalin (expected delivery date - EDD).

Skan ini disyorkan sebelum anda menjalani ujian saringan untuk sindrom Down, sebab dengan adanya tarikh bersalin yang tepat, ujian tersebut menjadi lebih tepat. Sebenarnya, hormon-hormon yang diukur dalam ujian darah adalah berbeza mengikut peringkat kehamilan, jadi apa yang sepatutnya normal pada 14 minggu kehamilan adalah tidak normal pada 16 minggu kehamilan.

Jika ujian darah dilakukan terlalu awal disebabkan jangkaan tarikh yang salah, ini mungkin akan menyebabkan anda dikatakan berisiko tinggi sedangkan tiada apapun yang cacat mengenai bayi anda. Ini dikenali sebagai keputusan positif palsu.

Bolehkah skan pentarikhan trimester pertama memberitahu dengan tepat berapa minggukah kehamilan saya?

Tujuan utama skan itu ialah untuk mengetahui tempoh kehamilan anda dan menganggarkan tarikh bersalin. Tempoh kehamilan anda dikira dari hari pertama haid anda yang terakhir (last menstrual period - LMP), walaupun sebenarnya anda belum menjadi hamil sehingga 14 hari selepas LMP anda, atau lebih lewat dari itu jika kitaran haid anda lebih daripada 28 hari. LMP digunakan sebab kebanyakan wanita tahu tarikh haid terakhir tetapi mungkin tidak tahu bila mereka menjadi hamil. Jika anda tahu tarikh penghamilan berlaku, ia akan dikira sebagai hari ke-14 dan bukannya hari pertama.

Jika kitaran haid anda jenis yang tidak tetap atau jika anda ada mengambil pil pencegah kehamilan sebelum itu, menggunakan tarikh LMP untuk kiraan bukanlah metod yang tepat. Skan adalah lebih tepat daripada menggunakan LMP dan jika tarikh skan berbeza daripada tarikh haid, tarikh yang diperolehi dari skanlah yang diambil.

Selalunya, tarikh skan adalah lebih lewat daripada tarikh haid, sebab itulah didapati bahawa pentarikhan yang tepat telah mengurangkan bilangan wanita yang bersalin secara dicetuskan sebab bayi mereka terlewat. Ia juga membantu anda mengelakkan rasa kecewa yang mungkin dialami apabila bayi anda "lewat".

Apa lagikah yang ditunjukkan oleh skan trimester pertama?

Skan ultrasound boleh memeriksa yang bayi anda mempunyai denyutan jantung dan berkembang secara normal. Kepala, anggota badan, tangan dan kaki, dan beberapa organ bayi boleh dilihat dan – walaupun tujuan skan bukanlah untuk memeriksa kecacatan – beberapa masalah utama boleh dilihat pada peringkat awal ini. Anda masih perlu melakukan skan pada kira-kira 20 minggu kehamilan sebab lebih banyak butir-butir dapat dilihat apabila bayi menjadi lebih besar.

Skan trimester pertama juga dapat menunjukkan jika kandungan anda itu kembar, kembar tiga atau lebih dari itu. Ada manfaatnya jika mengetahui lebih awal tentang bayi kembar sebab masa ini lebih mudah untuk melihat sama ada mereka berkongsi plasenta atau tidak. Mengetahui tentang bayi kembar awal juga memberikan anda lebih masa untuk bersiap sedia untuk kelahiran dan bagi doktor anda merancang penjagaan anda.

Mengetahui tentang bayi kembar juga memanfaatkan jika anda berhasrat untuk melakukan ujian saringan sindrom Down. Sebabnya ialah ujian biasa untuk Down ialah ujian darah pada minggu ke-16, dan ujian ini tidak tepat jika terdapat lebih dari seorang bayi. Sebaliknya anda akan ditawarkan skan nuchal translucency. Baca dengan lebih lanjut mengenai skan yang berkaitan bayi kembar.

Apakah yang dialami semasa skan trimester pertama?

Skan ultrasound akan mengambil masa kira-kira lima hingga 10 minit. Hampir semua skan selepas minggu ke-10 boleh dilakukan melalui perut dan kebanyakan doktor akan meminta anda datang dengan pundi kencing yang penuh. Doktor akan menyapukan gel pada perut anda dan akan menggerakkan transduser tangan yang kecil merata-rata atas kulit perut anda untuk mendapatkan beberapa gambaran bayi anda.

Jika rahim anda terlalu jauh ke dalam pelvik anda atau jika anda mempunyai berat badan berlebihan, anda akan diberikan skan vagina yang mana boleh mencapai lebih hampir kepada bayi. Selalunya ia adalah selesa dan kebaikannya ialah anda tidak perlu datang dengan pundi kencing yang penuh.

Berapa besarkah bayi saya pada skan trimester pertama?

Bayi anda akan diukur dari kepala ke punggung. Ukuran ini, yang dikenali sebagai Jarak CRL, adalah sangat tepat pada trimester pertama. Selepas minggu ke-13, bayi akan mengerekot dan meregang, jadi pengukuran panjang menjadi kurang tepat. Selepas ini, keluasan kepala adalah cara terbaik untuk mengukur bayi anda.

• Pada minggu ke-10, ia berukuran 3 sm.
• Pada minggu ke-12, ia berukuran 5-6 sm
• Pada minggu ke-13, ia berukuran 7 sm

Bolehkah saya menjalankan skan nuchal pada masa yang sama?

Ukuran nuchal translucency boleh dibuat dari minggu ke-11 hingga minggu ke-13 dan 6 hari untuk menganggar risiko sindrom Down dan lain-lain abnormaliti kromosom. (Baca dengan lebih lanjut mengenai saringan untuk sindrom Down.)

Sesetengah hospital menyediakan skan nuchal translucency kepada semua wanita pada minggu ke-11 hingga minggu ke-13 dan 6 hari, tetapi ini tidak disediakan di semua hospital buat masa ini.

Adakah terdapat sebarang keburukan melakukan skan ultrasound?

Kadang-kala, menjalankan skan boleh mendatangkan kerisauan yang tidak wajar. Ia mungkin menunjukkan masalah yang sangat kecil atau satu-satu masalah yang akan pulih dengan sendirinya.

Sepertimana semua ujian saringan, akan terdapat keputusan "positif palsu" dan "negatif palsu". Sebagai contoh, kira-kira satu dalam 20 orang wanita ditunjukkan sebagai berisiko tinggi bagi sindrom Down hasil daripada skan nuchal translucency, tetapi didapati kemudiannya kebanyakan bayi-bayi ini dilahirkan normal. Terpulanglah kepada anda sama ada mahu melakukan skan atau tidak – anda tidak perlu jika anda tidak mahu. Jika anda tidak pasti, berbincanglah dengan doktor anda.


Adakah selamat untuk melakukan hubungan seks semasa hamil?

Ya. Jika kehamilan anda tidak bermasalah, tiada sebab mengapa anda dan suami anda tidak boleh melakukan hubungan seks. Penyumbat mukus tebal yang menutup serviks anda membantu mencegah bayi anda daripada jangkitan. Sak amnion dan otot-otot uterus (rahim) anda yang kuat juga memastikan bayi anda selamat.

Zakar suami anda langsung tidak akan merosakkan bayi semasa anda berasmara. Anda mungkin merasakan bayi anda bergerak kencang buat seketika selepas anda orgasma. Anda tak perlu bimbang. Bayi anda hanya bertindak balas terhadap pukulan hebat jantung anda. Bayi tidak tahu apa yang sedang berlaku dan tidak merasakan sebarang ketidakselesaan.

Terdapat beberapa keadaan di mana anda mungkin perlu berhati-hati semasa berasmara. Jika anda mempunyai sebarang pendarahan atau penitikan darah pada awal kehamilan, doktor anda mungkin menasihatkan anda untuk tidak melakukan hubungan seks sehingga anda mencapai 14 minggu.

Beliau mungkin juga akan menasihatkan bahawa adalah baik jika anda tidak melakukan hubungan seks untuk sepanjang kehamilan anda jika anda mempunyai:
Anda mungkin pernah diberitahu bahawa melakukan hubungan seks di peringkat lewat kehamilan boleh mencetuskan kelahiran, kadangkala sebelum bayi anda bersedia untuk dilahirkan. Ini adalah satu mitos. Malah, kajian telah menunjukkan bahawa tiada kaitan antara hubungan seks semasa kehamilan dan kelahiran pramatang. Namun, besar kemungkinan bahawa hubungan seks secara kerap semasa kehamilan menyebabkan anda tidak akan melahirkan secara pramatang!

Jika anda mempunyai sejarah bersalin pramatang, situasi adalah sebaliknya. Doktor anda mungkin menasihatkan anda untuk tidak melakukan hubungan seks pada trimester terakhir kehamilan. Ini supaya mengelakkan kemungkinan proses kelahiran dicetuskan akibat hormon "rasa-nyaman" oksitoksin yang dikeluarkan semasa hubungan seks.

Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel kami mengenai seks semasa mengandung.


Would you like to read the English version?

Bilakah masa terawal untuk menjalankan ujian kehamilan?


Ini bergantung kepada sama ada anda menggunakan ujian air kencing (jenis yang lazim digunakan) atau ujian darah. Semua ujian kehamilan mengukur jumlah hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (hCG) dalam badan anda. Namun dua jenis ujian ini berbeza dari segi cara (dan waktu) ia mengesan status kehamilan ini.

Ujian kehamilan di rumah adalah ujian air kencing. Ianya mengesan jumlah hCG dalam air kencing, tetapi hanya apabila hormon itu mencapai satu tahap tertentu. Namun, ada sesetengah ujian kehamilan di rumah yang agak lebih sensitif. Ujian yang lebih sensitif mungkin dapat mengesan tahap hCG yang rendah beberapa hari sebelum haid bermula.

Walau bagaimanapun, sama ada anda menggunakan ujian kehamilan rumah biasa atau yang lebih sensitif, jika anda menggunakanya terlalu awal dalam kehamilan, jumlah hCG dalam air kencing anda mungkin belum cukup tinggi untuk mendapatkan keputusan yang positif. Hampir kesemua ujian kehamilan air kencing akan memberi keputusan yang tepat jika anda membuatnya sekitar masa biasa haid anda bermula; kira-kira dua minggu selepas anda mengovum.

Ujian boleh menjadi negatif kerana beberapa sebab:
  • anda mungkin bukan hamil;
  • anda mungkin telah mengovum lewat daripada yang dijangkakan (sebab itu, belum lagi cukup masa untuk ujian itu mengesan hCG anda);
  • atau, bagi sebilangan kecil wanita, jumlah hCG mereka adalah tersangat rendah dan ini juga boleh mempengaruhi hasil ujian kehamilan.
Ujian darah untuk kehamilan pula mengukur jumlah hCG dalam aliran darah anda, bukan dalam air kencing anda. Ujian darah dapat mengukur jumlah hormon yang lebih rendah, sebab itu, ia boleh mengesan kehamilan lebih awal lagi daripada ujian air kencing, biasanya kira-kira enam hingga lapan hari selepas ovulasi. Walau bagaimanapun, ujian ini hanya boleh didapati melalui doktor anda.

kehadiran hormon pada ibu mengandung (bahasa indon)

Bunda, pernahkah merasa bingung dengan perubahan fisik dan emosi pada saat hamil? Tenang saja, bunda tidak sendiri.
Hormon-hormon yang diproduksi dalam masa kehamilan lah yang menyebabkan perubahan-perubahan fisik dan emosi.
Mari kita berkenalan dengan hormon-hormon tersebut.
1. Progesteron
Hormon ini penting untuk menjaga otot rahim guna menyangga plasenta, mencegah pengerutan otot-otot rahim sehingga menghindari persalinan dini, dan merangsang pembesaran kelenjar payudara untuk memproduksi ASI.
Progesteron inilah yang menyebabkan timbulnya rasa mual, kembung, mempengaruhi kerja otot halus sehingga bunda mengalami sembelit.
Penurunan gairah seks, dan perubahan suasana hati bunda dengan cepat, juga karena hormon ini.
2. Estrogen
Estrogen yang diproduksi plasenta berfungsi meningkatkan jaringan-jaringan reproduksi, meningkatkan produksi darah di tubuh ibu dan membantu pertumbuhan otot janin dalam waktu yang singkat.
Hormon ini juga merangsang pertumbuhan saluran susu di payudara untuk kegiatan menyusui, mengendurkan jaringan ikat dan sendi sebagai persiapan melahirkan
Keluhan mual-mual di pagi hari yang sering dirasakan bunda hamil disebabkan oleh peningkatan kadar asam lambung akibat peningkatan hormon estrogen.
3. Human Chorionic Gonadothropin (hCG).
Seringkali disebut hormon kehamilan. Kegunaan hormon ini adalah untuk meningkatkan hormon progesteron oleh indung telur, untuk menekan haid dan mempertahankan kehamilan.
Terdapatnya hormon hCG di urin merupakan pertanda pasti kehamilan. Hormon ini juga sering disebut-sebut penyebab mual dan muntah, atau morning sickness.
4. Human Placental Lactogen (hPL)
Hormon ini diproduksi oleh plasenta. Gunanya untuk memproduksi ASI. Hormon inilah yang menyebabkan payudara membesar dan pengeluaran kolostrum mulai bulan ke lima kehamilan. Hal inilah yang menyebabkan rasa ngilu dan sakit pada puting.
Hormon ini juga memeriksa efektifitas plasenta pada akhir kehamilan. Jika kadar hormon ini rendah, kemungkinan fungsi plasenta tidak maksimal dalam memberi makanan pada janin.
5. Melanocyte Stimulating Hormone (MSH)
Jika Bunda melihat kulit di beberapa bagian tubuh menghitam atau mengalami pigmentasi, itu karena hormon MSH.
Kadar hormon ini meninggi selama kehamilan gunanya untuk merangsang kulit menghasilkan pigmen.
6. Relaxin
Hormon kehamilan ini diproduksi oleh plasenta. Fungsinya adalah melunakkan leher rahim dan menyebabkan relaksasi pada jaringan ikat dan mengendurkan sendi-sendi panggul bunda.

Saturday, September 8, 2012

diet ketika hamil


Kemaskinikan diet anda semasa kehamilan

Oleh sebab kini anda adalah bakal ibu, ia penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet anda dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Hadkan makanan ringan sebab ia hanya membekalkan kalori kosong iaitu kalori dengan sedikit atau tiada nutrien.

Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.

Dua ratus kalori bersamaan dengan:
  • dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
  • segulung kuih popia (tidak digoreng);
  • tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
  • sekeping keju dengan roti.
Selera makan anda adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil. Anda akan dapati selera anda turun naik semasa kehamilan anda:
  • Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan penuh, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.

  • Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.

  • Pada waktu akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau satu perasaan kekenyangan selepas makan anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.
Perkara yang perlu diingat ialah makan apabila anda berasa lapar. Jangan risau mengenai perubahan selera makan anda asalkan anda mengikuti nasihat yang diberikan mengenai jenis makanan yang perlu anda ambil dan berat badan anda bertambah pada kadar yang betul, yang akan diawasi oleh pakar obstretik anda.

Makanlah ikan-ikan yang sesuai

Pakar-pakar secara amnya mencadangkan wanita hamil dan kanak-kanak di bawah 16 tahun supaya tidak makan ikan jerung, ikan todak atau mersuji kerana mungkin ia mengandungi tahap merkuri yang tidak selamat. Anda juga perlu elakkan ikan yang memakan di dasar seperti ikan duri kerana mungkin mereka makan bahan pencemar.

Mereka juga menasihatkan wanita hamil dan menyusu, dan mereka yang bercadang untuk hamil, supaya makan tidak lebih daripada empat biji tin tuna bersaiz sederhana atau dua keping stik tuna segar dalam seminggu. Nasihat ini adalah berdasarkan dua biji tin bersaiz sederhana dengan berat bersih 140g setin dan stik tuna segar yang mempunyai berat 40g apabila dimasak atau 170g semasa mentah. Anda juga boleh memilih sardin, ikan bilis dan makerel (selalunya dalam hidangan ikan bakar) kerana ikan-ikan yang lebih kecil ini juga mempunyai kandungan minyak yang tinggi).

Ikan mengandungi protin, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi anda jika anda langsung tidak mengambil ikan. Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai faedah ikan untuk pembesaran bayi anda dan bagaimana mendapatkan keseimbangan ikan yang sesuai dalam diet anda.

Sesetengah makanan adalah paling tidak sesuai

Semasa kehamilan, anda perlu elakkan daripada mengambil:
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.

  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.

  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.

  • Keju dengan kulit ari yang putih dan "bercendawan" seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

  • Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.

  • Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.

  • Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.
Jika anda mahu minum alkohol semasa kehamilan, pakar mencadangkan supaya anda minum tidak lebih daripada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu dan jangan minum sehingga mabuk.

Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang. Kenapa kafein merupakan satu masalah? Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari dengan peningkatan risiko keguguran dan berat kelahiran yang rendah dan satu kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan kafein dalam tahap rendah dengan keguguran. Untuk keselamatan, anda boleh ambil tidak lebih daripada tiga cawan kopi segera, tiga cawan kopi keras, enam cawan teh atau lapan tin kola sehari. Anda juga mungkin mahu lebih berhati-hati dan mengurangkan lagi pengambilan kafein atau bertukar ke minuman panas dan kola tanpa kafein.

Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai

Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.

Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.

Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat.

Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda.

Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilan, praeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenai makanan tambahan khas yang anda perlukan.

Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan. Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar.

Jangan berdiet

Berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi anda yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat.

Wanita yang sempurna makan dan menambahkan berat badan dengan baik cenderung mendapat bayi yang sihat. Jadi, jika anda mengambil makanan segar, berkhasiat dan menambahkan berat badan, elok relaks saja. Anda memang sepatutnya menjadi lebih besar!

Jika anda terlebih berat badan, anda boleh mengubahsuai diet anda, mengurangkan makanan ringan dan melakukan senaman (berjumpa dengan doktor anda dahulu). Kajian menunjukkan bahawa dalam keadaan ini, ia adalah selamat untuk tidak menambahkan atau mengurangkan berat badan semasa kehamilan anda kerana simpanan lemak badan anda akan membekalkan kalori yang secukupnya kepada bayi anda.

Tambahkan berat badan secara perlahan

Penambahan berat badan berbeza di kalangan individu dan bergantung kepada banyak faktor. Walaupun berat anda akan diambil ketika anda berjumpa dengan doktor anda, ingatlah bahawa tiada bukti penambahan berat badan memberi kesan kepada kesihatan bayi anda.

Purata tambahan berat badan semasa kehamilan adalah di antara lapan kilo dan 15 kilo. Tumpukan kepada pengambilan diet yang sihat: banyak karbohidrat, banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, protin dalam jumlah sederhana dan lemak dan gula dalam jumlah sedikit.

Apabila berat badan anda bertambah, jumlah pertambahan juga adalah penting. Ramai wanita hanya menambah sedikit berat badan semasa trimester pertama dan akan meningkat secara berterusan, dengan jumlah paling banyak diletakkan pada trimester ketiga semasa bayi sedang giat membesar.

Makan hidangan kecil setiap beberapa jam

Walaupun anda tidak lapar, kemungkinan bayi anda berasa lapar, jadi cuba makan setiap empat jam. Dan jika mabuk hamil, tidak suka makanan tertentu, pedih hulu hati atau ketakcernaan membuatkan anda sukar untuk makan, anda boleh cuba mengambil lima atau enam hidangan kecil daripada hidangan yang lebih besar untuk memudahkan badan anda menerima makanan.

Ingatlah bahawa bayi anda yang sedang membesar kerap memerlukan zat makanan, jadi jangan tinggalkan apa-apa santapan.

Makanan tak sesuai kadang-kala adalah OK

Anda tidak perlu meninggalkan semua makanan kegemaran anda disebabkan kehamilan anda. Tetapi makanan dan snek yang diproses dan pencuci mulut yang manis seelok-eloknya bukanlah makanan utama dalam diet anda. Jadi untuk snek, cuba makan buah pisang berbanding dengan ais krim atau sorbet beku buah-buahan berbanding dengan cendol. Tetapi jangan rasa bersalah jika anda hanya makan biskut kadang-kala. Nikmatilah setiap gigitan!

masalah berkaitan dengan UPT....

DR zubidi ade menerangkan tentang masalah yang mungkin terjadi terhadap proses untuk melakukan ujian air kencing dimana seseorang itu mengandung atau tidak... atau pon tertipu dalam sesetengah situasi.....

http://drzubaidi.com/blog/?p=1107