Sunday, December 23, 2012

Cara-Cara Melayan Suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.
 Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.
Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.
 Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya.
 Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan.
Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri.
 Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

every husband should read thiss!!

Love her…when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.
Love her…when she “pushes” you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).
Love her…when she asks you to play with the kids. She did not “make” them on her own.
Love her…when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you
Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.
every-husband-should-read-this

kenapa hawa lahir ketika adam tidur??

Menurut pakar psikologi.., seorang lelaki jika dia kesakitan, maka selalunya akan membuatkan timbul dalam hatinya rasa benci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya..

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari rusuknya hingga dia membenci Hawa.
Akan tetapi Hawa diciptakan Tuhan pada Adam saat dia tertidur.. Ia semata-mata agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, dan adakala melihat kematian dihadapannya.. Namun begitu.., semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia sanggup menebusnya dengan kehidupannya sendiri.

Ada syair arab mengatakan.., sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi kalbu lelaki (jantung, hati nurani).
Oleh kerana itu, tugas Hawa menjadi ratu di hati lelaki.

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang setia jika fahami sebaiknya.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”

Maksud kata baginda tersebut adalah.., wanita itu harus difahami, dijaga dengan baik dan dikawal agar tak memudaratkan..
Maka wahai Adam.., janganlah merendahkan perasaan Hawa.. Kerana dia memang diciptakan seperti itu..

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis didalam hati..

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf…

Dan percayalah…, wanita amat susah untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang…

KAWEN LARI... PERLU KERR??!

Haha, tajuk macam panas je kan? Tak ada apa – apa pun sebenarnya, saja tiba – tiba terlintas nak tulis pasal kahwin lari ni. Erm, cerita pasal kahwin lari ni dah banyak menghantui masyarakat kita dan ia merupakan salah satu ragam masyarakat. Anda kesah ke pasal kahwin lari ni? Perlu ke nak kahwin lari? Haha, bagi aku tak bagusla bagi pasangan bercinta nak kahwin lari. Tak patut pun lakukan semua ni. Nak tau ke sebab apa? Meh baca bawah.

1 – Perkahwinan tanpa restu
Kebiasaannya bagi pasangan bercinta, takkanla nak bercinta sampai dua tiga tahun setakat bercinta je kan? Pasti dalam niat pasangan masing – masing untuk terus hidup bersama dengan pasangan yang telah dipilih. Sekarang bukan macam dulu, bila nak kahwin je mak bapak yang tentukan. Dah jadi trend bagi orang muda, diorang mesti ada awek dan mesti nak teruskan hubungan dengan awek tu. Takkan nak jadi awek je kot? Takmau hidup sekali? Bila sebut kahwin lari ni kita boleh simpulkan perkahwinan tanpa restu keluarga. Yela, tiba – tiba je bawak lari anak dara orang terus menikah dan buat serupa kita yang punya.
Dalam perkahwinan mesti ada restu dari kedua – dua belah ibu bapa. Nak ke hidup tanpa restu mak bapak? Eee, mintak simpangla semua ni. Hidup kita tak akan aman kalau tak direstui mereka. Hidup tak tenteram dan akan terjadilah pelbagai ujian yang mendatang. Sebab apa? Sebab kahwin tak ada restu mak bapak!

2 – Malu besar
Keluarga ke dua – dua belah pasangan pasti akan malu besar bila ia terjadi macam ni. Anak orang lain kahwin seronok – seronok, buat jamuan makan panggil kawan – kawan dan adik beradik tapi bila dah kahwin kat Siam nuuun, jadi macam terbalik la pulak. Perkahwinan tu macam nak kena sembunyikan dari pengetahuan masyarakat kalau tidak jadi buah mulut orang. Sampai ke mati la orang dok sebut anak sekian sekian kahwin lari. Nak ke hidup diselubungi perasaan malu dan segan dengan orang ramai? Orang pandang serong tau.

3 – Terjadi masalah apabila hendak mendaftar perkahwinan di Malaysia dan pelbagai masalah lain kelak
Ok, untuk pengetahuan anda takrifan kahwin lari ini merujuk pernikahan yang dilakukan di luar negara dan menggunakan wali hakim. Pasangan yang bernikah diluar dari Malaysia tanpa kebenaran pejabat agama akan dikenakan denda dan juga boleh dihukum penjara dan sabit kesalahan seperti dibawah :
  • Berkahwin diluar kawasan tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
  • Poligami tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
  • Mendaftarkan nikah selepas 6 bulan ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
Tengok, belum apa – apa lagi dah kena denda dan buang duit macam ni? Masa depan tak tahu lagi kan? Kalau si pasangan gagal membayar denda yang dikenakan kepada mereka, pendaftaran perkahwinan di Malaysia tidak akan dilakukan dan seterusnya status perkahwinan mereka tiada dalam senarai pejabat agama. Bila dah jadi macam ni, surat nikah di Malaysia tidak ada, ia akan mendatangkan masalah masa depan seperti pendaftaran anak (baru lahir) di Pejabat Pendaftaran dan lain – lain lagi. Rumit bukan?

4 – Perlakuan kurang ajar
Adat istiadat orang Melayu dah cukup cantik, memang sempurna adat orang dulu – dulu. Kita tahu, jika seorang lelaki berkena pada seorang perempuan dan ia mahu menjadikan si perempuan itu sebagai isterinya apa yang perlu dilakukan oleh si lelaki itu? Pastinya terdapat langkah – langkah yang selalu dibuat orang seperti :
  • Merisik
  • Bertunang
  • Nikah
  • Sanding & Kenduri
Tetapi, jika berlakunya kahwin lari ni bukankah ia lebih layak dikatakan pencuri? Seseorang gadis merupakan hak milik mutlak si bapanya, jika tidak ada keizinan dan persetujuan dari bapanya (yakni wali) si lelaki itu digelar “pencuri” kerana mencuri hak daripada si bapa. So, adakah anda nak dilabel seumur hidup sebagai seorang kurang ajar dan pencuri? Fikir – fikirkan.
Okeylah, cukup empat point aku tulis dalam entry kali ini. Jika ada lagi idea dari anda sila tambah diruangan komen. Apa yang aku nak sampaikan disini bukanlah untuk menghina si pasangan yang kahwin lari tapi aku nak tegaskan disini supaya berfikir beratus – ribu kali sebelum melakukan apa juga tindakan kerana ia melibatkan maruah dan masa depan seseorang.
Jika seseorang tu dijatuhkan hukum “wajib” berkahwin, kot mana pun dia tetap kena kahwin juga gunalah cara yang baik dan terpuji. Jangan buat macam ni. Kita ada agama dan garisan adat. Itu saja untuk kali ini.

Monday, December 10, 2012

diet on the track!!

keyh... mgu ni  aku start diet..
kali ni aku pakai diet atkins..
main makan lauk jek..
y lain tolak tepi yang penting sekali karbohdrat...
aku masih blm pasti betul ke aku buat ni...
 
aku harap aku dapat bertahan..
malas pon ade gak..
asyik duk teringat dengan big apple je..
 
berat permulaan 65kg...
aku nk loss dalam 15kg..
nk sampai 50kg..
banyak tu... aku penah sampai 45kg pon mase raye tingkatan 4..
tu pon sebab puasa n selalu training...
ni xtraining xtau la bile blh turun...
 
sabarla hati dan perut..
aku nk sangat aku leh dapat body cam model..
nk bagi laki aku terbeliak mata..
skrg time gemuk2 ni aku rase malu ngn die..
aku rase die lg la malu nk tgk body aku y hodoh ni..
arap dapat capai impian aku tu... arap sangat...
 
ape y penting skrg ni aku kene workout banyak2..
lau x jangan harap la..

Sunday, December 9, 2012

hye jumpa balik pas lame menyepi..

hari tu kan p urut then hsg...
bile akhir bulan iaitu 30 hb 11 hr tu sy peyed...
tp kali ni punye la lame...
tungu punye tunggu smpai la smlm baru surut...
just ade spotting je...
pg td pon xde da....

hmmm...
nk dijadikan cite tengahari ni die kuar balik...
maknenye hari ni da hari ke 8 dah... lame tu...
sblm ni 4 5 hari je...
xtau la sama ada kaitan dengan die atkins aku skrg ni atau sebab hsg ataupon sebab mengurut..
walhualam...

ok smlm p mengurut dalam kampung...
die cube check betul x rahim kecik...
mmg sah kecik besar 1 jengkal je..
die kate biasenye org yang rahim kecik ni mmg lambat nak ngandung...
n kalau lekat pon  cepat beranak...
maknenye lahir xcukup bulan la...
aku plak duk terpikir2 lau lah aku peknen mesti aku sakit gile sebab rahim kecik baby nk membesar..
katenye baby lahir xcukup bulan sebab rahim kecik die xbebas nk bergerak...


hmmm pape pon aku nk turunkan berat aku dulu dalam mase sebulan dulu....
mgkin ade rezeki aku xlama lagi... aku xkesah da...
aku sedia...
aku rase aku mgkin blh mengandung dah kali ni sebab aku da xde pape masalah da..
saluran rahim pon da besar... mgkin sblm ni saluran sempit... tu y xlepas sperm kot..
insyallah... rezeki yang Allah bagi adalah yang terbaik....
(^,^) <3