Thursday, July 5, 2012

Proses IUI

Suntikan Benih Suami (Artificial Insemination)


Rawatan secara 'artificial insemination' adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah bersihkan/ diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur.  Proses ini juga digelar dengan nama ‘I.U.I.’(intra uterine insemination).


Siapakah yang perlu menjalani rawatan I.U.I. ?

1.        Benih suami kurang, lemah atau bermasalah.
2 .       Mandul tanpa sebab-sebab yang diketahui (Unexplained Infertility)
3 .       Isteri mengidap penyakit endometriosis tetapi saluran fallopian tuidak tersumbat.
4 .       Suami lemah tenaga batin, tidak boleh menyetubuhi isteri.

Cara menjalani IUI

1.         Mulakan rawatan pada haid hari ke-2 atau ke-3. Perlu makan ubat subur clomid 4 biji sehari , selama 5 hari. Talipon Klinik 03 2094 1115 untuk appointment buat scanning dan munkin IUI hari
2 .     Lepas haid bolih adakan pesetubuhan sehingga hari ke12. Berhenti 2 hari sebelum datang klinik untuk scanning bagi mengesan pematangan telor.



 .
3.         Pada hari subur - hari ke14 - 18.datang keklinik untuk buat transvaginal scanning (TVS) untuk mengesan telor- berapa telor dan sudah matang atau belum, sudah menetas (ovulation) atau belum.
Jika sukar untuk datang untuk buat scan, pilihan lain untuk mengesan ;ovulation' atau penetasan telor ialah dengan mencatitkan suhu badan BBT sebaik sahaja ubat subur dimulakan. Kaedah catit BBT


4.         Pada hari penetasan telur berlaku, suami perlu mengeluarkan air mani yang akan diperoses di makmal kesuburan, lendir dibuang, benih-benih yang paling aktif dan terbaik mutunya dipilih dalam 1cc cecair khas.
Bagi suami yang sering bertugas diluar negara, offshore atau outsation pada ketika isterinya subur, mereka bolih menyimpan benih dalam freezer khas dan bolih digunakan untuk IUI jika perlu.(sperm freezing)



5.         Suntikan benih dilakukan melalui faraj dengan menggunakan satu tiub plastik ke dalam ruang rahim. Selepas suntikan ia berehat selama 30 minit. Hubungan seks masih bolih dilakukan mulai keesokan malam berselang2 malam selama 7-10 hari, kerana seringkali ada banyak telor yang dihasilkan dengan rangsangan clomid dos tinggi.

6.         Pasangan digalakkan melakukan persetubuhan tiga malam berturut-turut selepas suntikan benih.
Rawatan cara I.U.I. boleh diulang banyak kali mungkin antara 3-6 kali. Sebaiknya dilakukan selang 2-3 bulan.

No comments: