Tuesday, July 17, 2012

tip untuk lebih bahagia dalam perkahwinan

 
  1. Memaafkan – Jika anda berdua bergaduh atau si dia melakukan perkara yang anda tidak suka, maafkan dia. Di samping itu, didiklah dia supaya dia tinggalkan keburukan yang dia lakukan. Jika anda terus marah, tiada kebaikan yang akan terhasil kelak. 
  2. Jujur dan berterus terang – Jika anda menipu dan tidak ikhlas terhadap pasangan anda, pasti akan timbul masalah di masa hadapan. Sentiasa berterus terang dan jujur walaupun ia menyakitkan.
  3. Sentiasa senyum pada pasangan anda – Senyum adalah pembuka pada hati yang ceria. Jika anda kurang senyum, pasangan anda akan takut hendak merapatkan dirinya dengan anda.
  4. Sentiasa berkomunikasi – Jika anda selalu berkomunikasi dengan pasangan anda, anda berdua akan lebih rapat dan lebih tahu mengenai diri masing – masing. Lalu persefahaman akan wujud.
  5. Sentiasa buat keputusan berdua – Jangan membuat keputusan keseorangan tetapi sentiasa berbincang dengan pasangan anda. Apabila berdua, keputusan yang anda putuskan akan lebih kukuh kerana menggunakan dua otak. Selain itu, anda berdua juga akan puas hati dengan hasilnya nanti.
  6. Jangan perbesarkan perkara yang kecil – Jika masalah tersebut hanya masalah kecil, tidak perlu anda besar – besarkan. Selesaikan sahaja masalah itu dengan segera.
  7. Sentiasa bercinta – Selepas berkahwin, hubungan cinta akan lebih nikmat kerana tiada siapa yang boleh menganggu anda berdua dari bermesra antara satu sama lain.
  8. Hubungan seks – Hubungan seks yang baik akan menambah lagi pengalaman bahagia dalam perkahwinan.

No comments: