Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang
wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat
untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam
masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan
perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24
tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup
dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya
bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi
mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24
tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti
:-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik
kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri
yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang
lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang
anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan
bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin
mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang
baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat
yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami
isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa
perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata.
Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah
satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.
5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan
yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga.
Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda
terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri
dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time)
ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan
kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia
muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan
ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan
perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan
pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan
menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih
baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan
pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin
kelak.
8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama
keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood
yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang
dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya
mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan
pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan
berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap
perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda
akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk
berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment