Hari ni nak share tentang :
10 petua untuk meningkatkan kadar metabolisme yang akan membantu
mempercepatkan proses penurunan berat badan anda….
1.Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan
membakar kaloriwalaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada
waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot.
Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound
lemak hanya membakar 2 kalori sehari.
2.Bersenam aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging tidak
membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita
melakukannya.
3.Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori.
Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme
akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak
(plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah
biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga
memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.
4.Campurkan ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan
membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air
tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.
5.Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan
berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar
metabolisme. Kajianmenunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka
akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.
6.Pedaskan masakan anda – Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia
yang
bolehmeninggikan kadar metabolisme.
7.Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi
menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein
yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur
dan susu rendah lemak.
8.Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan
gula. (agak sukar untuk lakukan, betul tak…:))
9.Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4
cawan teh hijau seharimembantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan
kurangkan 5 pounds berat setahun.
10.Elakkan crash diet. Crash diet ialah mereka yang makan kurang
daripada 1,000 kalorisehari.
Walaupun diet ini membantu mengurangkan
berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada
kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar
metabolisme akan berkurangan.
Akhirnya badan akan bakarkurang kalori
malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet
jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori
sehari.
Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar
metabolisme ialah:
1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi
2.Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa
berehat. (Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan
lebih banyak lemak – faktor hormon)
3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas.....
<3 <3 <3
No comments:
Post a Comment