Thursday, September 20, 2012

lapar ketika mengandung....

(sedang mengalami... lapar tiap mase wehh...!!! =.=")

Ketika mengandung selera makan akan berubah kerana hormon yang ada ketika itu. Anda mungkin berubah cita rasa makan dan boleh mengalami kelaparan yang teramat dan perubahan secara tiba-tiba kepada cita rasa makanan dan minuman.

Ada ibu mengandung mendapat impresi perlu makan untuk 2. Memang perlu tambah tapi memadai mengikut kalori tertentu sahaja agar tidak berlebihan berat badan pula dan menghadapi masalah untuk menurunkan berat badan

Jadi bagaimana untuk menghadapi kelaparan dan dalam masa yang sama berat tidak naik terlalu banyak. Kuncinya adalah memilih makanan yang sihat dan berkhasiat. Kebanyakan wanita mendapati selera lebih terkawal dengan memakan sedikit-sedikit sebanyak 6 kali sehari berbanding makan dengan banyak 3 kali sehari dan di sertai dengan snek. Dengan makan sedikit sepanjang masa, anda akan membekalkan badan dan bayi anda tenaga berterusan untuk pembesaran. Anda juga akan dapat mengembalikan kadar metabolisme sepanjang waktu serta menyimpan tenaga. Jangan tinggalkan waktu makan anda.

Makanan berkhasiat bermaksud pilihan mengandungi fiber yang tinggi serta makanan bernutrisi yang penuh dengan vitamin, mineral dan nutrien yang diperlukan. Makanan fiber tinggi dapat mengelak sembelit ketika hamil. Ia juga membantu berasa kenyang lebih panjang. Namun jika terlebih fiber juga akan menyebabkan kembung dan lebihan angin dalam badan. Protein tanpa lemak, sayuran dan bijirin penuh adalah pilihan yang bagus ketika mengandung. Ikan bagus untuk mendapatkan sumber protein, mineral, vitamin D dan asid omega-3 fatty. Pilihan ikan juga pastikan yang selamat yang tidak mengandungi merkuri.

Minum dengan banyak untuk kekal segar. Kadangkala badan kita tertipu mengatakan kita kelaparan sedangkan sebenarnya kita dahaga. Mekanisme menyatakan lapar dan dahaga sama. Jadi jika ini kes nya, anda akan makan sedangkan anda dahaga.

Bersenam juga bagus untuk memotivasikan anda kekal mengambil makanan yang sihat
Ada kala, waktu malam anda akan berasa lapar ketika terjaga dari tidur. Pastikan anda tidak tidur dalam keadaan lapar.

 Jika kelaparan tengah malam, makan makanan seperti bijirin, roti atau biskut.
Namun jangan pula anda terlalu mengawal pemakanan anda sehingga kekurangan khasiat yang diperlukan. Anda dan bayi memerlukan khasiat untuk pembesaran bayi anda.

No comments: