Monday, September 3, 2012

nafsu makan ketika haid???


Betulkah berat badan naik semasa haid atau mitos semata? Memang ini perkara yang benar dan berlaku untuk kebanyakan wanita. Apa penyebabnya berat badan boleh meningkat?

Takungan air (water retention)

Kebiasaannya berat bertambah di sebabkan takungan air dalam badan ataupun edema. Jangan risau, ianya normal di sebabkan perubahan hormon yang terjadi semasa haid. Wanita menyimpan lebihan air di bahagian tertentu seperti di lengan dan perut.

Kembung perut (bloating)

Pengumpulan gas di dalam usus adalah penyebab kembung perut semasa haid. Ianya di sebabkan perubahan dalam badan dan di sebabkan tidak aktif sebelum dan semasa haid. Ia juga boleh terjadi akibat sembelit yang kebiasaannya terjadi semasa kitaran haid.

Nafsu makan

Ini selalunya terjadi kepada wanita yang mengalami PMS (premenstrual syndrome). Keinginan untuk makan akan meningkat dan mungkin akan melebihi jumlah kalori yang diperlukan dalam badan terutamanya apabila mengalami pendarahan yang banyak.

Kekurangan gula dalam darah

Tahap Magnesium berkurang ketika haid dan ini menyebabkan penghasilan insulin menjadi rendah. Wanita semasa haid lebih mudah mengalami kekurangan gula dalam darah. Jadi, badan secara automatik akan mewujudkan nafsu makan yang tinggi untuk mengembalikan tahap gula dalam darah yang normal.

Cara untuk mengelakkan daripada berlaku?

  • Kurangkan pengambilan sodium. Ia akan mengurangkan takungan air dalam badan.
  • Bersenam untuk menjadikan diri lebih cergas dan mengelakkan berat badan bertambah.
  • Tingkatkan penambilan serat (fiber) yang bantu mengawal nafsu makan dan kurangkan masalah gemuk air.
  • Makan makanan yang berkhasiat dalam jumlah kalori yang di perlukan sahaja.
  • Elakkan makan makanan yang berkalori tinggi seperti coklat dan pizza.
  • Kenalilah diri sendiri kerana sudah pasti, setiap wanita akan melalui kitar haid yang unik.

No comments: