Dalam hidup seseorang wanita , tidak datang haid atau kelambatan datang
haid pada waktu/tarikh yang biasa keluar haid memang berlaku. Reaksi
pertama bagi wanita yang berkahwin dan yang memang mengharap untuk hamil
ialah 'Adakah aku hamil?'
Memang benar kehamilan adalah sebab utama tidak datang haid. Olih itu
langkah pertama ialah buat ujian kehamilan dengan menggunakan alat ujian
UPT yang bolih dibeli dimana2 kedai farmasi. Air kencing pertama
ketika baru bangun dari tidur perlu diambil dan diuji bila haid sudah
lambat 5 hari atau lebih. Malah ada yang bolih sahkan kehamilan dengan
ujian UPT lebih awal lagi. Ujian ultrsound scan bolih kesan karung
kandungan bila haid sudah lewat seminggu.
Gangguan hormon bolih juga menyebakan lambat datng haid. Apakah situasi2
yng bolih ganggu hormon? .Paling utama ialah stress fizikal,emosi dan
mental yang dewasa ini banyak melanda kaum wanita. Stress ini munkin
dicetuskan ditempat kerja, sekitar kawan2 , dijalan raya ketika memandu
kereta, dirumah sekitaran ahli2 keluarga dan lain2 punca. Hormon stress
memang mengganggu hormon subur yang mengawal kitaran haid, menyebabkan
kelambatan datang haid.
Gangguan hormon juga bolih dicetuskan dari peningkatan berat badan
secara mendadak. Ramai wanita cepat naik berat badan sejurus mereka
kahwin. Apabila sudah ada teman, makan pun lebih berselera dan tidak
bolih dikawal dan kegemokkan memang bolih ganggu hormon menyebabakan
kitaran haid terganggu.
Makanan2 'fast dan junk foods' yang sangat popular sekarang juga bolih
mengganggu hormon wanita kerana makanan2 tersebut mengadungi banyak
bahan pengawet, perisa dan pemanis. Kebanyakkan makanan2 tersebut juga
mengandungi banyak carbohaidret dan gula yang mudah menyebabkan
kegemokkan/obesity. Jauhkan makanan2 tersebut jika ingan hamil dan
gantikan dengan makan lebih buah2 dan sayur2.
Lambat datang haid juga munkin disebabkan gangguan haid dalam umur 40an
iaitu sekitar umur 'perimenopause' , atau putus haid. Bila sampai umur
demikian wanita sering tidak subur dan telor tidak menetas/ovulation.
Tiada ovulation bererti tiada pengeluaran hormon progesterone dan
kaedaan ini mengganggu imbangan hormon yang bolih menyebabakan berbagai
jenis gangguan haid termasuk lambat datang haid.
Apa yang ditakuti dalam hal ini ialah kelambatan datang haid yang
disebabkan olih penyakit. Penyakit yang paling sering berlaku ialh
'Polcystic Ovary Syndrome' atau PCOS yang sering juga menyebabkan
kemandulan. Follikular cyst iaitu karung telur yang tidak pecah waktu
ovulasi (hari ke14-15) juga bolih menyebabkan tidak datang haid, tapi
cyst ini akan pecah dengan sendir bila sampai saiz 5 cm atau lebih dan
kandungan cyst iaitu air akan diserap badan.
Lain2 penyakit termasuklah tumbuhan kanser ovary. Olih itu sangat
penting wanita yang kelewatan atau tidak datang haid untuk buat
ultrasound scanning - melalui perut atau vagina untuk mengesan cyst atau
tumbuhan yang merbahaya.
No comments:
Post a Comment