Assalamualaikum dan salam sejahtera.Ramai orang yang
tidak tahu cara yang betul untuk solat hajat...baiklah kat sini saya akan
kongsikan dengan anda cara solat hajat yang betul.
Solat
sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar
mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam
hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat. Solat
sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang
melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat
hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali
lagi agar permintaan mudah di makburkan.
Mandi
terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna
putih.
Lafaz
Niat:
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ
رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi
ta’aalaa”
Ertinya:
“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah
Taala”
SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA
SOLAT. HANYA CARA SOLAT HAJAT PERTAMA SEHINGGA CARA SOLAT HAJAT KEEMPAT
DITERANGKAN KALI INI.
1.Cara Solat Hajat yang pertama – Dibuat
sebanyak 2 rakaat, Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah. Selepas
salam masih mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152
kali. Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah SWT.
2.Cara Solat Hajat yang kedua – Dibuat
sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah
Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah
Al-Ikhlas 10 kali.
Apabila
selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak
10 kali:
"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa
Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".
Kemudian
membaca Tasbih 10 kali:
"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha
illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil
‘aliyyil ‘azhiim."
Kemudian
Doa ini 10 kali:
"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati
hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."
Kemudian
mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.
3.Cara solat hajat yang ketiga – Sebelum
solat, mengucapkan Asktag-firullah uladzim seberapa banyak yang boleh untuk
memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan
hadiah pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh
sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan
ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.
Kemudian
baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa
berikut:
“Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang
melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap
kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci
(Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata;
jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah
penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat
ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat
sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.
4.Cara solat hajat yang keempat – Dibuat
sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim
sebanyak 786 kali. Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut.
Pada setiap rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah
(Al-syarh) sebanyak 15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.
Apabila
selesai baca doa ini:
Ertinya:
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah
Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman
dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah
Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah
Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim
dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan
dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim,
angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah
kefakirannku”
Wasallam.
No comments:
Post a Comment