Sunday, June 23, 2013

Tanda-tanda tubuh anda kurang kalsium

 



Mungkin ramai yang tak sedar tubuh mereka kekurangan kalsium. Kekadang corak pemakanan kita yang lebih mementingkan rasa dari khasiat menyebabkan masalah itu terjadi ditambah lagi dengan faktor-faktor lain yang menjadi pemangkin pengurangan kalsium pada tubuh. Pada umur 20 tahun, kalsium pada tubuh manusia akan mengurang sebanyak 1% dalam setahun, pada umur 50 tahun jumlah kalsium akan menyusut lagi sebanyak 30% dan kehilangan kalsium boleh mencapai 50% pada umur 70 tahun. Berikut adalah tanda-tanda tubuh anda kurang kalsium.

Adakah anda ada tanda-tanda dibawah?

1) pada otot dan saraf:

  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Kejang otot
  • Wheezing(pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm



2) pada saraf sahaja :
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Letih
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal


3) pada jantung:
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung dan cepat penat

4) pada kulit, rambut dan kuku:
  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering

5) Tanda-tanda kekurangan kalsium secara umum:
  • Kekejangan atau "kram" otot
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar-debar
  • Eczema (penyakit kulit)
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol tinggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets






Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama magnesium, vitamin D dan zink. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran ketiga-tiga unsur itu . Kekurangan magnesium pula memberi kesan kepada kemampuan tubuh untuk mengawal penggunaan kalsium. Dicadangkan mengambil Ostematrix kerana ia lengkap dengan kalsium, vitamin D, Magnesium dan Zink.


  • Ostematrix (lengkap dengan Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

No comments: