Bagi yang sudah melalui saat-saat
bersalin normal pasti telah merasai sendiri pengalaman menjaga luka episiotomi
ketika berpantang. Luka bersalin normal akan cepat sembuh kalau penjagaannya
betul dan ibu-ibu sentiasa menitikberatkan kebersihan pada diri. Namun, bagi
yang pertama kali melalui detik bersalin dan berpantang pasti tertanya-tanya
cara untuk menjaga luka selepas bersalin nanti. Di sini dikongsikan 11 tips
cara menjaga luka bersalin normal (luka episiotomi) agar cepat sembuh tanpa
bermasalah.
Penting ibu-ibu menjaga kebersihan untuk mengelakkan jangkitan di bahagian luka bersalin. |
Cuba amalkan 11 tips ini:-
- Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.
- Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis. Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.
Rajah berkaitan luka episiotomi. |
- Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.
- Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.
- Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.
- Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.
- Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.
- Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.
- Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.
- Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
- Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.
(sumber:http://portal.alamhamil.com)
Set Berpantang
Shaklee (Untuk yang Bersalin Normal/ Cesarean)
Selain dari
penjagaan di atas suplemen juga turut membantu penyembuhan luka bersalin. Set
berpantang Shaklee ini sesuai untuk yang bersalin normal atau Cesarean. Ibu-ibu
juga tidak perlu risau menggunakan set ini kerana:
Klik untuk besarkan imej. |
- Boleh teruskan digunakan walaupun bayi menghidapi Jaundis (Kuning).
- Membantu dalam penyembuhan luka melalui tindakan dalaman tanpa perlu krim, minyak herba atau makanan tambahan lain seperti sup ikan haruan yang agak sukar untuk disediakan. Bagi ibu yang berpantang sendiri, set ini sudah mencukupi tanpa perlu bersusah-payah memikirkan makanan tambahan seperti ibu yang berpantang dijaga.
- Tiada efek panas seperti jamu yang tidak sesuai pada ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif.
- Boleh terus digunakan walaupun selepas bersalin kerana set ini juga akan mencantikkan kulit ibu, membuatkan wajah berseri-seri serta tidak pucat dan merapatkan keintiman di dalam hubungan suami isteri.
- Bertindak sebagai "perapat" jika anda turut mengambil alfalfa bersama set ini.
Fungsi vitamin di dalam set ini:
- B Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan,
penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai
penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru
melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat
mengatasi kemurungan atau meroyan.
- Vita-C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan
kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan
luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang
baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah
jawapan kepada masalah tersebut.
- Vitalea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7
mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat
bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa
berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah
pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu
yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.
- Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih
luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan/pati ikan
haruan atau air gamat yang sedikit hanyir, zinc adalah pilihan yang tepat untuk
menggantikan ikan haruan atau gamat. Selain itu zinc juga membantu untuk
mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin.Yang penting sekali ialah
zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.
Bertambah efektif jika diambil bersama:
- ESP dan ALFALFA membantu merangsang aliran susu ibu dengan lebih baik, memulihkan tisu-tisu dalam badan dan memulihkan organ-organ dalaman wanita.(TERBAIK! bertindak sebagai kacip fatimah)
- Ostematrix membantu mencegah masalah sembelit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita selepas bersalin.
TESTIMONI SET BERPANTANG SHAKLEE
Sharing 1 - daripada Puan Nurru Adila
Khairy, dengan Set Berpantang Shaklee luka jahitannya dan masalah buasir pulih
kurang dari 2 minggu. Puan Nurru ambil kesemua vitamin asas di dalam set
berpantang bersama Omegaguard.
(Sila klik untuk besarkan imej.) |
Sharing 2 - daripada pengguna yang ambil
sebahagian vitamin di dalam Set Berpantang Shaklee iaitu Puan Anis, dia kembali
langsing, bertenaga dan nampak berseri-seri selepas bersalin. Puan Anis
mengambil Vita-C, B-Complex, Vitalea, Alfalfa & ESP.
(Sila klik untuk besarkan imej) |
Jika anda sedang sarat mengandung dan
tercari-cari set berpantang yang sesuai, memang sangat disarankan mengambil Set
Berpantang Shaklee kerana vitamin Vita-C, ESP, B-Complex, Ostematrix dan Vitalea
juga boleh diamalkan daripada anda mula mengandung. Hanya yang sudah mencuba
mengetahui kebaikan berganda di dalam set ini.
No comments:
Post a Comment