Saturday, March 9, 2013

tips pengjagaan vagina wanita

ramai kawan2 sy mengadu mengalami keputihan yang
menyebabkan vagina berbau dan gatal2..
bile da gatal mule la nk menggaru..
bile da garu mula la syok..
bile da syok kulit pon luka...
 al maklum lah kulit vagina ni nipis berbanding kulit dibahagian lain
 sebab tu ia sangat sensitif...

Di sini, beberapa tips dan panduan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan alat sulit wanita, vagina;

1. Cuci tangan sehingga bersih.

2. Cuci bahagian luar alat sulit dengan air bersih sudah memadai.

3. Gunakan waktu mandi dan membuang air untuk membersihkan alat sulit.

4. Gunakan air bersih untuk mencuci.

5. Gunakan sabun khusus jika perlu.

6. Gunakan seluar dalam yang sentiasa bersih.

7. Pakai seluar dalam yang selesa.

8. Pilih seluar dalam daripada kain kapas.

9. Gunakan pantyliner atau tuala wanita nipis bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan.

10. Potong atau cukur rambut pada bahagian peribadi untuk mengelakkan perpeluhan berlebihan dan pembiakan bakteria.

11. Pastikan alat pencukur atau gunting itu bersih.

12. Elakkan mengguna seluar dalam orang lain.

13. Sebaik-baiknya gunakan air suam untuk pencucian.

14. Sewaktu haid, gunakan tuala wanita yang sesuai.

15. Ganti tuala wanita beberapa kali sehari.

16. Selepas membersihkan bahagian sulit, keringkan dahulu kemudian barulah pakai seluar dalam.

17. Menyembur ataupun memercikkan air ke dalam vagina (menggunakan alat/produk yang dijual atau botol khusus) untuk membersihkan bahagian dalam alat sulit wanita tidak digalakkan. Dapatkan dahulu nasihat daripada pihak yang arif (seperti ahli farmasi) tentang cara penggunaannya.

18. Anda boleh gunakan air sirih (rebus beberapa helai dauh sirih) untuk membersihkan alat sulit.

19. Elakkan mengguna produk haruman seperti bedak dan pewangi pada vagina. Ini kerana keseimbangan pH dalam vagina sangat sensitif.

20. Selepas buang air besar, jangan basuh bahagian dubur dan vagina sekali.. ini akan menyebabkan penjangkitan baktiria pada vagina dan akan menyebabkan keputihan atau penyakit lain.. basuh lah asing2 (basuh vagina selepas buang air kecil kemudian baru basuh bahagian dubur.. pastikan air bersih..


Sebenarnya vagina wanita mempunyai mekanisme semulajadi untuk membersihkan diri. Maka pembersihan pada bahagian luar alat sulit sudah memadai. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti gatal, keputihan berlebihan, berbau, sakit atau bengkak pada alat sulit, pergilah berjumpa doktor. Jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan kesihatan, tahap reproduksi dan seksualiti wanita.

 
 

No comments: