Tuesday, June 26, 2012

tips turun berat badan


saya nak share tips turunkan berat badan dengan cepat tapi sihat dan tidak menyeksakan tubuh badan. Tips ni saya amalkan hasil pembacaan dari buku dan pegi kursus kesihatan dan kecergasan hari tu. Sebabnya tahun lepas (2011), berat badan saya pernah naik mendadak sehingga 62kg kerana masa tue saya ade masalah gangguan hormon.. Kesan masalah tue menyebabkan berat badan saya naik secara mendadak dan saya rasa self-confident hilang bila orang asyik tegur dan tanya kenapa makin gemuk  dan baju banyak da xleh pakai. So, saya terpaksa ambil inisitiatif untuk turunkan berat badan dengan cara yang cepat dan sihat.

1. Yang penting jangan lupa sentiasa amalkan pengambilan sarapan pagi walaupun korang hanya bersarapan dengan biskut dan segelas air susu atau milo. Elakkan minuman berkafein di pagi hari ye. Tak elok untuk perut. Sarapan pagi ni bagus bagi meningkatkan kadar metabolism dalam badan supaya badan ada tenaga untuk proses pembakaran lemak dalam tubuh badan.n boleh elak gastrik time diet.

2. Sila minum air masak/ mineral/ kosong dengan banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air minum kosong ni dapat meneutralkan dan menyahkan kandungan sisa toksik yang terdapat dalam badan kita. Bila sisa toksik dah dikeluarkan akan memudahkan lagi proses turun berat badan secara cepat tapi sihat.

3. Pakai krim losyen pati halia setiap kali selepas mandi di kawasan yang berlemak seperti bawah paha, lengan, perut dan punggung. Krim ni ada macam-macam jenis sekarang di pasaran. Korang boleh cuba jenama mana yang korang suka. Krim ni juga membantu proses pembakaran lemak dengan lebih cepat.

4. Makan malam sebelum pukul 8 malam. Selepas pukul 8 malam elakkan mengambil sebarang makanan termasuklah makanan ringan. Kalau lapar sangat minum air kosong je lepas tue terus masuk tidur.

5. Korang boleh makan nasi seperti biasa pada waktu tengahari tapi elakkan ambil dalam kuantiti terlalu banyak. Kalau boleh cuba makan pada waktu yang sama setiap hari. Biasanya kalau saya dah sarapan milo dengan cereal, saya hanya makan biskut tengahari dan hanya makan nasi untuk makan malam sahaja buat teman suami makan..tapi kalau nak makan nasi selang sehari pon ok jugak.

6. Kunyah makanan lebih kerap untuk memudahkan proses penghadaman makanan. 

7. Elakkan minum minuman bersusu krimer pekat mahupun cair. Sebab minuman bersusu krimer ni pun salah satu faktor besar menaikkan berat badan. saya still amalkan tips ni sampai sekarang. teringat fasilitator hari tu membuatkan saya agak rase takut ngn susu tu huhuhu..lagipon susu krimer ngan susu pekat ni bukannye susu betul pon.. name je susu...

8. Elakkan minum minuman berais. Korang cuba la sabar sikit kalau nak berpantang untuk kurus ni sebabnya minuman berais ni boleh menyebabkan buncit dan juga tak elok untuk urat dalam badan.

9. Untuk makan malam, saya biasa minum air panas yang dicampur dengan serbuk milo bersama oatmeal atau cereal sahaja tanpa dimasukkan gula atau susu krimer bagi menggantikan makanan berat yang lain.

10. Satu lagi tips pakai korset jenis seluar. Ada pelbagai jenis yang dijual seperti  jenama beautiful premium atau mrs kelly. Tapi yang ni kena tengok bajet untuk beli sebab harganya agak mahal. Tapi memang menjadi sebab ia macam berfungsi untuk kemaskan perut kita dan secara tak langsung mengurangkan rasa lapar atau keinginan nak makan secara kerap.

11. telan ubat kurus jenis herba. sebab jenis herba xde efek pada badan kite. bagi masalah saya,(masalah hormon) saya  amal minum jus perawan. da minum 4 botol. rase pon sangat sedap. segala ibu ubat ade dalam tu. harap2 xlame lagi leh pregnant... hehehe..

12. kalau boleh elakkan makan makanan daripada gandum, contohnya roti. xkesah la roti biase ke roti canai ke... makan jarang2 n jangan kerap sebab ia juga punca badan naik.. antara roti ngan nasi bek makan nasi... kate fasilitator saya tu la.. 

13. n paling penting buat la ape2 senaman sekali pon asalkan kite rase mengah n tercungap.. lagi bagus kalau  berpeluh. kalau xmengah maknenyer sia2 je la kite xcercise...saya amalkan aerobik... kat youtube banyak boleh tgk... boleh ikut dekat rumah. xpon kite boleh join kat mane2 yang ade buat aerobik..sangat efektif tau..

14.  last skali, mesti minum air putih banyak2.paling ok 2 botol besar air mineral. xpe jangan risau kalau kite acap pi tandas buang air kerana lemak2 akan terbuang melalui kencing atau buang air besar... haaa tu pasai salah satu kene jaga perut n usus kite... oleh itu banyakkan makan papaya n tembikai untuk pelawas... kompem cepat turun berat

Itulah antara tips yang memang saya amalkan sendiri dan alhamdulillah turun  berat badan dalam tempoh 2 bulan dari 62kg ke 55kg. saya kurangkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa 2 bulan. Kalau jenis yang kuruskan badan atau diet dengan cara tak makan tue tak bagus untuk badan sebabnya badan takde daya ketahanan pada penyakit bila tak makan makanan berzat. badan xde tenaga nak bakar lemak. Nak kuruskan badan ni yang penting kena konsisten dan berdisiplin. Kalau hanya semangat setengah jalan memang tak menjadilah. 

kalau ikut mase zaman sekolah dulu saya amalkan makan sarapan pagi, tengahari hanya makan tembikai n air dan petang2 saya akan lari keliling padang sebanyak 3 kali. mase tu berat saya 57 kg turun hingga 45kg.. dasyatkan... tu pon sebab aktif silat banyak senaman tp sekarang xdah...so kene cari altenatif lain la pulak.. 

ok lah Good luck pada yang nak kuruskan badan.

No comments: