Tuesday, June 26, 2012

seni kecantikan

TATACARA SEBELUM MAKEUP


1. Sebelum makeup benda WAJIB yang perlu dilakukan ialah bersihkan dulu wajah.

2. Gunakan tisu lembab untuk sapu disekeliling muka untuk mendapatkan kesegaran kulit muka sebelum makeup. Boleh juga menggunakan ketulan ais batu dan sapu di seluruh muka mendapatkan kesegaran muka.

3. Moisturizer benda yang sangat penting perlu dipakai sebelum makeup, ini kerana untuk makeup menjadi tahan lama dan tidak mudah nampak rekahan di muka.





Wajah model diatas adalah berjerawat,kesan parut jelas kelihatan dan berminyak. Untuk mendapatkan hasil yang cantik sila ikuti langkah demi langkah dengan teliti yer.


TUTORIAL :

1. Semburkan facemist untuk segarkan muka.


2. Pakai moisturizer untuk lembabkan kulit. Sekiranya kulit jenis kering perlulah lebihkan moisturizer tersebut dan sekiranya muka berminyak hanya pakai sedikit sahaja.

3. Tutup segala jenis jerawat,eyebag,parut jerawat dengan concealer. Tidak dilupakan juga dibahagian tepi hidung turut perlu diberi perhatian.

4. Pakai foundation diseluruh muka termasuk bibir. Untuk pemakaian harian tidak digalakkan memakai foundation jenis STICK ini kerana dia akan menutupi liang roma kulit muka kita.Kecuali untuk makeup pengantin yang hanya dipakai untuk 1 hari sahaja.

5. Habis satu sapuan foundation tadi, sila sapu second round foundation dengan cara dap..dap sahaja.

6. Lepas tu pakai liquid foundation untuk menampakkan muka kita menjadi glow ( sikit je dengan cara dap..dap.. je - yang ini kena warna cerah sikit dari warna kulit muka )


7. Compact powder – hanya dengan cara dap..dap.. je untuk menampakkan sapuan sekata dan tahan lama. ( color pilih sama kulit )

* Dalam 1 hingga 2 jam baru kulit muka dengan makeup akan bersatu dan seri kecantikkan muka akan naik.

8. loose powder perlu disapu di seluruh muka dengan menggunakan berus. ( sekali lalu sahaja )

Untuk solekkan di bahagian kening, sila rujuk tutorial sorok kening ye.


9. Mula makeup mata dengan meletakkan loose powser di bahagian bawah mata supaya eyeshadow yang jatuh mudah disapu.

10. Sapu eyeshadow base dahulu secara dap..dap.. je menggunakan berus atau span.

11. Drop color di bahagian kelopak mata sahaja

12. Tarik kening keatas dan barulah blend secara membulat dengan menggunakan berus blend supaya menampakkan lagi tone color secara semulajadi.

13. Sapu kajal secara dalam dan luar dengan gunakan berus, sapu secara naik keatas dan gunakan berus untuk blend kajal dan base eyeshadow tadi.

14. Pakai mascara untuk melentikkan bulu mata tersebut.

15. Sebelum pakai bulu mata, potong lebihan hujung bulu mata tersebut, sapu gam dan buat mcm bentuk “ u “ untuk regangan sikit hehe.

16. Pakai mascara secara ZigZag. Untuk bulu mata bahagian bawah pula pilih mascara jenis sikat.

17. Baru bersihkan loosepowder dibawah mata tersebut.

TEKNIK MANCUNGKAN HIDUNG

18. Gunakan warna gelap dari kulit betul-betul di tulang hidung, ( guna berus serong sikit ) Then baru sapu ke tepi hidung kiri dan kanan.

19. Bawah mata just highlightkan untuk dinner or wedding sahaja.

SHADDING PIPI

20. Warna gelap, dap..dap..kan je dari sideburn ke bawah untuk shadding. Sapu blusher di tulang pipi secara naik ke atas. Jangan sesekali sasapu diatas shdding tadi.

TIP : Kalau blusher warna pink, lip pun mestilah warna pink baru naik serinya hehe.

21. Kalau muka jenis bulat, shadding di keliling muka untuk menampakkan kecil sedikit.

22.Lipstik pun perlu blend, kalau bibir kecil lebihkan sikit kebawah. Bentukkan bibir guna lipliner. Last sapu lipgloss untuk menampakkan bibir comel.

23. Habis makeup semburkan balik facemist tadi untuk menampakkan muka glow sikit dan kecilkan pori-pori dan freshkan kulit muka secara tidak langsung.

Nak tengok hasil setelah model tadi dimakeupkan??? sila scrool ke bawah yer hehehehehe  ^ _ ^




Makeup akan sekata dengan kulit wajah kita dalam masa 2 jam.



Dibahagian mata,  banyak mainkan soket dihujung matanya disebakan matanya jenis bulat dan bundar.

No comments: