Tuesday, December 3, 2013

penjagaan awal kehamilan

seperti biase...
cilok mengcilok aku kali ni berjudul..
cara nk jaga awal kehamilan..
ye la kite xnk pape y kite xmo berlakukan...
banyak y boleh berlaku mase awal kehamilan nih... 
purata gugur awal kehamilan pon banyak zaman sekarang nih... 
so aku nk kongsila jugakkan lang2 berjaga2 supaya kite xsilap langkah n seperti biase menyosal kemudian hari..
LANGKAH LANGKAH KEHAMILAN YANG SIHAT

Mendapat berita tentang anda POSITIF hamil adalah sesuatu yang sangat sangat membahagiakan.Lebih lebih lagi pada yang telah lama menanti kehadiran sicomel dalam keluarga.

Namun begitu, anda perlu tahu, diawal kehamilan ini lah banyak yang perlu dijaga, banyak yang perlu diteliti terutama kesihatan anda sebagai ibu demi menjaga keadaan baby supaya sihat sehingga lahir.

Kehamilan juga adalah masa yang sangat sangat sesuai untuk anda mula menjaga diri dengan baik terutama dari segi fizikal dan jugak emosi anda.

Disini saya ingin kongsikan beberapa info tentang langkah langkah untuk kehamilan yang sihat :-

1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal

Penjagaan antenatal yang baik adalah sangat penting demi menjaga kesihatan bayi anda. Anda perlu memilih doktor yang akan menjaga dari awal untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk proses kelahiran.

2. Makan dengan baik

Anda perlu ingat, apabila anda hamil anda tidak perlu " makan untuk dua orang". Walaubagaimanapun, adalah penting untuk anda mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai ibu ibu yang hilang selera untuk makanan tertentu, tetapi anda boleh menggantikkan dengan makanan yang lain yang mengandungi nilai - nilai nutrisi yang sama.

3. Berhati hati dengan kebersihan makanan yang anda ambil

Adalah lebih elok untuk anda mengelakkan makanan yang tertentu semasa hamil kerana ia boleh membawa risiko kesihatan bayi anda.

4. Kurangkan Pengambilan Kafien

Kopi, teh dan minuman bergas minuman berkafien yang mana boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai kurang berat badan semasa lahir ataupun meningkatkan risiko keguguran.

5. Banyakkan Rehat

Anda akan merasakan lebih pada KELETIHAN diawal trimister pertama dan ketiga. Maka dengan itu anda sangat memerlukan rehat yang secukupnya.

Kehamilan bukan la sesuatu yang boleh diambil ringan.Semoga dengan beberapa tips langkah langkah dalam kehamilan ini dapat membantu anda untuk lebih berjaga jaga...
so.... seperti diatas tu...
y tu aku cilok..
y bawah ni dari aku sendiri...
juga peringatan untuk diri sendiri...
n ia juga sedang aku amalkan... 

  1.  skrg aku elakkan sume makanan bercuka, berasid, buah2 masam, air masam
  2.  aku elakkan sume air kotak n air tin... kecuali susu n susu HL
  3. kurangkan minum teh n neskafe... nescafe tu lgsg da aku xsentuh.... lau teh tu amik sesudu je camtu... amil syarat rase je..
  4. kurangkan bergerak.. jangan memaksa diri untuk buat sesuatu... bahaya..
  5. jangan angkat barang2 berat... sume benda aku suh laki aku angkat... aku tolong angkat mane y ringan je...
  6. banyakkan rehat..
  7. kurangkan minum ais.. aku da xminum da ais skrg... bukan pe.. disebabkan aku sakit dada n semput bile minum ais.. terus aku stop.. asyik cari air panas o suam je.. baru lega... semput mak...
  8. jangan sekali2 amik minuman bergas... fobia da aku... nk2 isotonik....
  9. kurangkan amik benda2 manis..
  10. banyakkan makan sayuran n makanan y sihat..
  11. jangan lupa amik multivitamin n asid folid... n jangan lupa...
  12. jangan makan ubat sembarangan walaupon panadol..skrg mmg aku xmakan lgsg la ubat pape walaupon sakit... just amik multivitamin n asid folid je..
  13. makanan berbisa macam tebu, nenas, ikan duri, ikan keli, ikan berbisa sume elakkan..
     
    bukan pe sume ni penting... kite nk elak je dr pape y xelok berlaku.... contoh failing pregnancy... maknenye gugur la tu..
    actualy aku xtau lg aku peknen ke x cume baru delay 3 hari.. doakan aku ye sume...
     

1 comment:

Nizam said...

Nice info

Free2 singgah la online store saya Baby Shop Malaysia