Wednesday, April 17, 2013

MY DESIGN 2012

baju ni sebenarnye bukan busana kerane konsep n temanye adalah ready-made(mudah dipakai)..
baju ni xmenang mase pertandingan busana kontemporay butik 2012 hari tu mgkin sebab baju ni xbanyak amblisment macam org lain.. aku pon xjangka.. sebab aku skema sangat ikut tajuk die bagi... lau aku tau blh tambah amblisment aku taruk banyak2 bia bukak mata en.faizal n hatta dolmat hari tu.. tp pape pon benda da lepas n aku puas hati sebab design aku di actualkan oleh student aku sendiri athirah.... enjoy...



 
 
 
 
 

Tuesday, April 16, 2013

tempahan hias baju pengantin hehehe

22 n 23 mac 2013...
aku  dapat tempahan 25 pasang baju pengantin... uihhh 25 tu...
so aku recruit student aku suh tolong n buat kursus..
aku cari la student sampai 22 orang...
al maklum yuran free n dapat sijil lak tu..
alik2 hari kursus 9 orang je... =.="
penat nunggu..
jenuh la aku..
ini bermakna yang selebihnye aku la y kene buat...
hohooooohoi....

^,^




















 



 
 

Sunday, April 14, 2013

cara nak atasi alahan..

perghh tajuk...
nk prepare awal2 nih..
cam nk g perang je...
so kene lengkapkan diri awal2 baru la xteruk sangat aku nanti lau alahan lg...
^.^

Makanan
  1. Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  2. Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  3. Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  4. Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  5. Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  6. Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  7. Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  8. Elakkan mengambil kafein dan merokok.

Minuman
  1. Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  2. Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  3. Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.

Rutin harian
  1. Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  2. Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  3. Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  4. Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  5. Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  6. Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  7. Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  8. Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)

Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
  1. Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  2. Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  3. Berat badan anda menurun dengan banyak.
  4. Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  5. Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  6. Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

berangan nk anak lelaki..

anak lelaki ni mudah nk jage..
n bile da besar dosa die bawah tapak kaki ibu..
lari keliling dunia pon ibu jugak die cari..
nk jaga pon xpayah..
xpenat nk jaga aurat die..
n huby aku pon nk anak lelaki...
so lau boleh iktiar n Allah izin kan mane tau kan..

mmg Allah da cakap segalanye telah di tentukan n ditakdirkan..
tp ape y di tentukan adelah lebih manis bile atas usaha n penat lelah kite sendiri..
kite sendiri puas hati..
dapat laki ke perempuan tu aku xkesah la.. mane2 pon boleh.. rezeki mane leh tolakkan..
so lau boleh iktiar kite iktiar..
^.^

1. MELALUI PEMAKANAN

Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:

i. Untuk mendapat anak lelaki ibu disyorkan supaya memakan makanan yang mengandungi lebih daging, buah-buahan dan bergaram

ii. Untuk mendapat anak perempuan pula, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu

Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut pertua diatas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus


2. MELALUI MASA SUBUR SESEORANG

Waktu tidur boleh d**etahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakan masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, persetubuhan perlu dilakukan pada hari subur

ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.

Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.


3. TAHAP KEASIDANAN

Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.

i. Untuk mendapat anak perempuan cecair berkenaan perlulah berkeadaan asid. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan sedikit asid cair sebelum melakukan persetubuhan.

ii. Unutuk mendapat anak lelaki pula, cecair berkenaan perlulah berkeadaan alkali. Oleh itu, dicadangkan supaya wanita membasuh kemaluan dengan “bikarbonat” yang beralkali sebelum melakukan persetubuhan.


4. TAHAP KEPUASAN ISTERI

Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:

i. Untuk mendapat anak lelaki, isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apabila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Dalam keadaan alkali akan meransang pergerakan benih Y.

ii. Unutuk mendapat anak perempuan pula, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan meransang pergerakan benih X.

Namun begitu semua yang berlaku adalah kehendak Tuhan. Kita hanya boleh merancang. Sehingga kini, ketepatan petua-petua di atas adalah diantara 70 - 80 peratus, mengikut Prof. Dr. Hamis Arshat, Pakar Sakit Puan.

mengandung tapi xlekat?

assalamualaikum...
lame sy menyepi kan... 
etry kali ni sy nk cite pasal follow up gynae mgu lepas..
sy cuti 4 hari balik terengganu..

mcm2 hal jadi tp alhmdulilah sume slamat..

JUMPA GYNAE
keyh.. sy start hari rabu lepas mase jumpa doktor..
rabu lepas sy jumpa doktor nk tunjuk result hormon..
doktor kate paras hormon 100% n normal dalam 40..
tapi sy punye y bulan lepas punye 8 je..
sikitkan..

k.. so sy cite la perjalanan peyed n alahan sy..
sy tanye la apasal upt sy naik 2 line bulan lepas tp hanye 2 hari.. hari 3 da xde..
sy ckp la sy test sebab pelik asyik muntah loya2 je..
doktor cakap mungkin sy HAMIL mase tu tp xsempat menampal..
patut la peyed sy cam pelik je bulan lepas...
hari pertama spotting..
hari ke dua bleeding sikit tp xsakit..
n hari ke 3 heavy bleeding dengan sakit... 
hari keempat spotting coklat gelap..

pelikkan.. lau gugur pon mesti 2 3 hari  tp ni x...
ooo so patutla naik 2 line n still alahan pas period..
rupenye hormon tu masih ade..
so upt tersangat kabur adelah menunjukkan anda HAMIL
kecuali...
kalau sebelum anda test tu anda ade amik sebarang ubat  ...
haaa... y tu pon leh naik line...
lupe lak ubat ape tp atas consult doktor untuk subur xsilap... 
so.. 
lau xamik pape ubat mgkin anda hamil..

keyh... ni cite apasal lak sy gagal hamil kali ke 3..
jadinye sy da hamil mgkin da 3 kali berdasarkan alahan y sy alami...
wah wahh... aku da hamil upenye... xsedar pon.. ^.^

so solution doktor hari rabu tu nk buat iui kali ke 2.. 
kali ni makan ubat subur high dose lak sebab hormon aku rendah..
die suh makan clomic warna biru 3 biji sehari.. sebelum ni aku makan 2 biji je..
die bagi asid folic n sy mintak duphaston 5 hari.. 
tujuannye untuk make sure darah peyed turun on time untuk start prosedur iui..
die bagi 2 biji sehari..

kali ni aku makan mmg ontime.. xlewat 1 minit pon.. hehhehe..
kali ni sy nk buat sehabis baik.. kene suntik sendiri pon i rela u...
hari ke-7 sampai 9 kene suntuk sendiri ubat subur kat perut...
huhuhu xsabau nk cucuk sendiri depan mate huby buchuk tuh..

arap2 kali ni berjaya lah 
insyAllah...

JUMPA PERAWATAN ISLAM - BUANG BENDA HALUS HALANG HAMIL
esoknye hari kamis aku p berubat dengan kak na..
dengar cite ramai y xdapat hamil berjaya hamil bile buat rawatan ngan die..
rawatan die xlain xbukan buang segala benda halus dalam badan y boleh halang dari hamil..
sy da buat rawatan ngn die mmg tiptop... 
......................
dalam badan aku ade 20 SIHIR??
banyak tu...
die tanye ade kenal x laki y asal dr perlis...
minat kat sy...
mmg sy terdiam terkedu...
its my exbf...
bf xgune...
mgkin betul ex sy tu sebab hal nye..
da la die kaple ngan sy dalam mase y same die kaple ngn kawan sy 1 skolah..
n kat luar dr skolah lain ade lagi 2 org..
amboi2... main ayat betul nk pikat org patut la sy mcm org bodoh je mase kaple ngn die..
sume die suruh sume sy buat... nasib baik xterlajak ngn die... 
ade gak nyaris2 nk terlajak tp sy sedar mase tu...
nasib baik xjd pape.. terus break...
pastu die rayu mintak balik... 
bagi la peluang...
upenye bagi peluang tu kantoi die ade awek lain..
care die tu mmg mcm kite la 1 1 nye wanita lam dunia nih.. dasyat tol mainan die..
mmg xsangka die ade main ayat..
tp boleh jadi gak sebab sepanjang die kat skolah tu semua jawatan tinggi die konker die sorang...
ketua kadet polis.. ketua pengawas.. ketua pelajar n ketua prs(rakan sebaya)..

key lah penat cite saL tu..
bebalik ngn kakna plak..
die de cakap badan aku ade banyak benda halus menumpang.. 
sihir lak 5 dari laki tu.. 5 lagi dr tempat same ngan laki tu mgkin bekas awek die ke pe xtau la..
tp mmg perempuan n perempuan tu sy mmg xkenal..
n 10 lg dr sihir biasa maybe sy terlangkah ke.. p makan kat kedai2 ke...
semua y ade tu sume sihir lama da dalam badan sy... y baru2 da buang hari tu... lau ade pon org hari tu tarik separuh je..

so balik kat rawatannye...
die bace2 sambil pukul2 sy ngan sejadah.. ok ag mase tu...
pastu die ikat pergelangan kaki dengan selendang pak lebai tu..
tanpa banyak cakap die suruh baring..
die urut kepala sy skali ngan rambut gune minyak zaitun...sambil bace ayat..
ya Allah...... mula2 tu ok lg maintain boleh tahan...
dekat2 ayat last2 tu sakitnye mmg xtertahan..
bagaikan berpuluh2 pisau menoreh kulit kepala.. 
rase nk tercabut je kulit kepala dari tempurung..
sy menangis tahan sakit sampai terketar2 menahan sakit..
n last2 sy mengelepar macam ikan xcukup air..
sakit sangat2 seluruh badan rase..
die cakap sihir y ex sy punye tu dari siam.. 
perlis kan dekat ngn siam..
n sihir siam mmg sakit sangat lau nk buang..

die buat kat kaki n belakang pon sy meraung tahan sakit... 
ya Allah sakit sangat2... 
tiap kali die urut tu mcm kene belah ngan pisau..
sabo je lah... =.="

die cakap agaknye sy ni alahan mesti teruk.. betul la die cakap..
n nati nk beranak tu die cakap mesti meraung camtu jugak... :)
hehehe... xtahan... over la aku nih...
so balik dr berubat kamis tu mmg berbekas.. pinggang sakit, kaki sakit, kepala pon lg la...
berbirat je rase bekas tangan die..
mase die berubat tu badan aku kuar toksik2 hitam n pasir2 halus...
keluar dari kulit...

then hari sbtunye p berubat lg..
kali ni sakitnye boleh tahan..
xde la sampai kene pegang.. 
yang kamis tu siap mak sy duduk atas lutut sy tahan sy dr meronta..
tp kali ni boleh tahan walau pon sakit.. n sabtu tu die da buang semua y ade..
alhmdulillah... sy rase pastu xsakit da.. xsakit mcm hari kamis..
rse biase je..
so benda2 halus lam badan sy nih makan benih sy.. tu pasal xsempat melekat da habis..
eeeiii... bahaya tol.. harap2 pasni xde gangguan lg..
arap semua selamat..

die cakap insylh pasni da boleh peknen da..
insylh pasni blh lekat..
^.^

p/s : huhuhu da 3 kali upenye aku peknen...... aku da boleh bayang lau aku peknen lg pasni mesti tergolek2 aku alahan... teruk jugak aku alahan sampai p pejabat pon kne spare plastik untuk muntah...
huhuhu dugaan... rase nk trauma je dapat alahan.... insyallah aku tabah harungi alahan pas ni.. hehehe..