Tuesday, October 22, 2013

tanda-tanda kehamilan sahaja belum tentu anda hamil

TIDAK DATANG HAID DAN MUNTAH BUKAN TANDA UTAMA KEHAMILAN


“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin selama enam bulan. Baru-baru ini saya tidak datang haid selama 2 bulan. Saya juga mempunyai tanda-tanda seperti loya, muntah, bengkak payudara, bertambah berat badan, perut membesar dan kerap kencing. Adakah saya hamil, doctor?”
...

Wa alaikum mus salam.

Saya amat memahami perasaan puan yang mahu hamil segera. Kehamilan pertama adalah peristiwa yang amat dinantikan oleh kebanyakan pasangan muda.

Kadang-kadang perasan untuk hamil begitu kuat sehinggakan seorang wanita merasa telah hamil, padahal dia belum lagi hamil.

Jadi seorang wanita yang mengalami masalah seperti puan, belum tentu disahkan hamil. Beliau perlu melakukan beberapa pemeriksaan air kencing, darah dan ultrasound.

Masalah yang seperti puan rasakan hanya tanda-tanda yang menunjukkan puan MUNGKIN hamil saja.

Beberapa jenis penyakit juga boleh menyebabkan masalah yang serupa, seperti PCOS, endometriosis dan hypothyroidism.

Merjuk kepada masalah puan iaitu:

1. Tidak datang haid, selalunya dikaitkan dengan kehamilan. Ada beberapa penyakit yang boleh menyebabkan hal yang sama seperti masalah ketidakseimbangan hormone, endometririosis, PCOS dan hypothyroidism. Saya selalu menasihatkan wanita yang merancang untuk hamil agar selalu menandakan kitaran haid mereka dengan baik agar dapat membantu doctor menentukan punca masalah yang dihadapi.

2. Rasa loya dan muntah juga sering dikaitkan dengan kehamilan. Bagi wanita yang hamil, “morning sickness” selain menyebabkan rasa loya dan muntah, selalunya berserta dengan rasa tidak selera untuk makan, tubuh menjadi lemah dan mudah penat. Namun ia bukanlah tanda yang pasti seorang wanita itu hamil.

3. Payudara bengkak dan membesar juga tidak menandakan seorang wanita itu hamil. Ia boleh disebabkan oleh penyakit lain akibat peningkatan hormon estrogen dan progrestrogen yang mempengaruhi bengkakan payudara.

4. Masalah kerap kencing dan sembelit berlaku hanya apabila rahem semakin membesar dan menekan pundi kencing dan usus besar, berlaku selepas usia kehamilan mula mencapai 12 minggu.

5. Masalah bertambah berat badan dan perut bertambah buncit juga disebabkan oleh cara pemakanan yang berubah. Ia tidak semestinya disebabkan oleh kehamilan.

Jadi jika puan mengalami tanda-tanda seperti orang hamil, saya mencadangkan puan segera melakukan pemeriksaan air kencing, darah dan ultrasound untuk mengesahkan kehamilan puan.

Wallahu a’lam.

Tuesday, September 24, 2013

persediaan aku nk peknen

  td aku blogwalking ke miracle of love...
godek nyer godek jumpa nih..
mmg aku perlukan sangat2..
sb aku ase ht aku ragu2 nk get pregnan balik sb aku ni jenis y lasak y jenis xduduk diam..
arap dengan pembacaan ni aku lebih tenang n lebih bersedia serta bersemangat nk convince  pasni...

jom baca sama sama

assalamualaikum..

Jom jom kita baca artikel di bawah ni. saya copy paste dari sini. hihi. cambest je tuk share share kat diri sendiri and orang lain. :)) info ni sangat berguna untuk wanita yang bersedia untuk pregnant. hee :))


*** Persediaan Minda ***
Persediaan minda perlulah daripada awal. Apabila disebut sahaja mengandung ia boleh menimbulkan stres dan tekanan kepada pasangan suami isteri.

Mengandung dan mempunyai anak adalah satu perubahan besar dalam hubungan suami isteri.

Jangan Stres dan tertekan. Tiada sekolah boleh mengajar anda tentang mengandung dan anak-anak melainkan diri anda sendiri. Belilah buku-buku yang bersesuaian, tanyalah pada ibu bapa anda atau pasangan-pasangan lain. Baik dan buruk, anda dan pasangan anda perlu nilaikan. Ambil yang baik dan pelajari daripada yang buruk untuk menjadikan anda dan suami anda lebih baik dalam perkara ini.

Memang benar apabila anda lihat keluarga dan anak-anak, memang nampak kelam-kabut, hiruk-pikuk, susah payah, penat lelah mengejar, tidak tidur malam, bertekak, menjerit dan pelbagai lagi.

Akan tetapi ia diubat dengan senyum anak-anak, ketawa mereka, kata-kata I love u baba dan I love u mama, Sayang ayah dan sayang ibu, sayang ayah dan sayang ummi dan sayang mami...

Tiada apa dalam dunia boleh membayar semua itu.

Usaha untuk mengandung juga tidak boleh stres dan rasa tertekan. Hubungan seks sepatutnya satuperkara indah suami isteri. Ada isteri yang cepat mengandung dan ada isteri yang mengambil masasehingga bertahun-tahun. Tiada kekurangan bila mula mengandung. Jangan paksa diri hanya keranaorang sekeliling bertanya. Bagi masa.

Jangan stres dan tertekan. Ingat ya, semakin stres dan tertekan semakin susah untuk lekat ... Pergilah bercuti dan berjalan-jalan tempat-tempat cantik dan melegakan. Tidak perlu jauh-jauh, dalam Malaysia ini banyak tempat menarik.

Usaha untuk mengandung adalah usaha bersama dalam keadaan tenang dan indah ...


Ada pasangan suami isteri perlu mengambil keputusan menangguh dahulu rancangan mengandung. Perkara ini perlu dibincang bersama sebaik-baiknya. Apabila anda mendirikan rumah tangga dan melakukan hubungan seks suami isteri. Badan seorang wanita mula bersedia untuk mengandung.

Bagi penulis, walaupun belum ada bukti saintifik hanya berdasarkan pemerhatian, ia boleh membuat badan wanita merajuk, apabila merancang untuk menangguh dahulu untuk mengandung. Merajuk ini mungkin sekejap, mungkin lama. Sebab itu penting, wanita perlu menjaga kesihatannya. Sekiranya menangguhkan masa untuk mengandung, janganlah kesihatan yang melibatkan permakanan yang menyihatkan. Makan multi vitamin dan sayur-sayuran.


Bagi penulis, cara memujuk, jika lambat mengandung, adalah dengan membaca buku-buku mengandung, berbincang secara terbuka dan tenang dengan suami tentang mengandung, mengambil permakanan yang sesuai untuk ibu mengandung seperti susu ibu mengandung dan kaitkan diri dengan perkara-perkara mengandung boleh memberi isyarat kepada badan wanita untuk bersedia untuk mengandung.

Malah ada petua, hubungan seksual untuk tujuan mengandung perlu dimulakan dengan persediaan awal. Pilihlah hari yang sesuai, iaitu hari wanita dijangka subur, pilihlah tempat yang sesuai dan selesa, cukup rehat dan yang penting nyatakan dengan kata-kata sepanjang hari hubungan seksual malam ini untuk mengandung.

dan sekiranya usaha untuk mengandung itu lebih daripada dua tahun, atau bila-bila masa pun jika merasa risau. Berjumpalah dengan doktor anda atau berhubungan dengan LPPKN.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara


Jangan lama berasa kecewa, sekiranya gagal mengandung. Lepaskan rasa kecewa itu dan usahakan semula.


*** Perubahan Fizikal ***
Apabila wanita melakukan hubungan seksual ia juga adalah isyarat kepada diri wanita itu sendiri, untuk bersedia untuk mengandung. Antara perubahan adalah buah dada mula membesar dan merasa badan mula naik, perubahan ketara dirasa di punggung dan paha. Perubahan itu ada sebabnya.


Buah dada bersedia untuk menyusu bayi. Penambahan saiz bahagian punggung dan paha adalah himpunan lemak baik, atau DHA yang akan digunakan dalam membentuk otak bayi dalam kandungan. Perubahan dan persediaan yang perlu dilakukan awal sebelum rancangan mengandung. Ia mengambil masa untuk badan wanita mengumpulkan jumlah khasiat yang diperlukan. 3 ke 4 bulan sebelum mengandung, permakanan tambahan seperti multivitamin, susu dan makanan sihat perlu dimulakan.

*** Permakanan Tambahan ***
Ini turut bermaksud, bagi pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga, 3 ke 4 bulan sebelum hari bersejarah, wanita sudah perlu besedia mengambil permakanan tambahan seperti multi vitamin dan susu untuk ibu mengandung.

Ya jangan malu untuk bersedia. Walaupun belum sampai masa, minum susu untuk ibu mengandung menyediakan wanita untuk mengandung. Bukan sahaja untuk kesihatan bayi dalam kandungan malah untuk kesihatan ibu.


Susu ibu mengandung bukan sepatutnya diambil sewaktu mengandung, malah ia sepatutnya diambil sebelum mengandung lagi. 2 3 bulan sebulan mengandung dan sehinggalah selepas bersalin. Pengambilan susu untuk ibu mengandung selepas bersalin memastikan anak yang menyusu badan masih terus mendapatkan khasiat yang diperlukan.

Penekanan perlu dibuat untuk zat-zat berikut sewaktu mengandung.


Asid folik yang penting untuk pembentukan saraf bayi dalam kandungan terutamanya saraf tunjang, bulan pertama kandungan itu lagi saraf mula dibentuk. Sebab itu pengambilan asid folik ditekan sebelum mengandung. Ia mampu mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang tulang bagi bayi dalam kandungan. Oleh kerana asid folik tidak disimpan lama dalam badan, maka pengambilan berkala perlu dilakukan. Kebanyakan roti dipasaran telah ditambahkan asid folik bagi tujuan ini.

*** Kalsium ***


Kalsium diperlukan oleh ibu. Bayi dalam kandungan mendapatkan kalsium daripada ibunya sepanjangmasa dalam kandungan. Akibatnya ibu akan mengalami ketegangan urat kaki, sakit gigi gusi dan risikotulang rapuh bila meningkat usia. Mengambil kalsium daripada awal membolehkan badan membuatsimpanan awal dalam tulang dan ia turut membantu menguatkan tulang. Minum susu dan jika anda yang tidak selera dengan susu, pil kalsium boleh didapati difarmasi.

*** Zat besi ***
Sewaktu mengandung kandungan darah dalam diri ibu bertambah daripada jumlah biasa. Penambahan ini meningkatkan permintaan terhadap zat besi, salah satu faktor bagi pembentukan sel darah merah darah. 

Ambillah permakanan yang kaya dengan zat besi.

Asik Folik, Zat Besi dan DHA memang telah tersedia dalam susu untuk ibu mengandung dan multivitamin.

*** DHA ***


Bagi wanita yang ingin meningkatkan kandungan DHA dalam simpanan badan, makanlah minyak ikan sama ada dalam bentuk pil atau cecair. DHA banyak terdapat dalam minyak ikan. Ada terdapat pelbagaijenama pil dan cecair minyak ikan yang bersesuaian. Tanyalah farmasi bagi minyak ikan yang sesuaiuntuk ibu mengandung.

*** Elakkan Kacang Soya ***
Terdapat kajian di Britain, mendapati, sekiranya wanita ingin mengandung, elakkan pengambilan soya sewaktu hari-hari ingin bersama.



p/s: time mengadung digalakkan mengambil sumber makanan berasaskan soya ye untuk mendapatkan anak yang putih gebu salah satunye. hahahahaa! tak taw la betul ke tak tapi my kazen amalkan masa mengandung, anak die memang putih gebu waktu lahir sebab die sangat risau anak die gelap ikot husband die. keke. ;p

Monday, September 23, 2013

duk berkira2 bile nk peknen balik!

yup seperti title diatas..
aku duk berkira2 bile aku nk peknen balik..
memandangkan rakan sebelah meja aku n rakan depan meja aku masing2 sedang pregnan sebulan lebih...
so pk2 sama ada nk get pregnant period ni(28/9/2013) ke..
atau next cycle..
banyak aku pk...
banyak y duk bemain lam kepala...
terutama kondisi badan aku ni berat badan masih ditahap 
OVERWEIGHT!!

n duk pk2 tentang pcos n jugak failing pregnancy..
risau takut gagal lagi..
n bab diet plak hari2 gagal...
xreti da camne nk tahan lapar..

so duk berkire2 td akhirnye aku amik keputusan untuk kol kaunter ivf td kat HSNZ..
bincang nyer bincang keputusannye baik next cyle... 
so sebulan akan datang tumpuan lebih kepada healty lifestyle..
turunkan berat badan n tambahkan kesuburan...
hmmmmmm...

ehhhh tertensen lak akuh nih....

...........

sebulan....
hmm...
aku kene cr motivasi lah..
kene positifkan diri untuk get pregnant balik..

banyak main lah aku nih..

da 24 tahun da tp still perangai budak2...
masih ade keinginan untuk panjat pokok...
very childish...

Ya Allah.....
bantu lah aku...