Wednesday, August 8, 2012

cara-cara solat taubat

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.” (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
.

Fadhilat Taubat:

.
1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.
.
.

CARA SOLAT TAUBAT

.
1. Niat Solat Taubat:
Daku mengerjakan solat Sunat Taubat dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
.
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
.
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c. Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.

5. Baca Doa Taubat


.
…dah BESAR !

.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

cara-cara solat hajat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Ramai orang yang tidak tahu cara yang betul untuk solat hajat...baiklah kat sini saya akan kongsikan dengan anda cara solat hajat yang betul.

Solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

PANDUAN SOLAT HAJAT:

Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.

Lafaz Niat:

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa”

Ertinya:

“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

SEBENARNYA SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA SOLAT. HANYA CARA SOLAT HAJAT PERTAMA SEHINGGA CARA SOLAT HAJAT KEEMPAT DITERANGKAN KALI INI.

1.Cara Solat Hajat yang pertama – Dibuat sebanyak 2 rakaat, Baca mana-mana ayat lazim selepas surah Al-Fatihah. Selepas salam masih mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah SWT.

2.Cara Solat Hajat yang kedua – Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali:

"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".

Kemudian membaca Tasbih 10 kali:

"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."

Kemudian Doa ini 10 kali:

"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."

Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.

3.Cara solat hajat yang ketiga – Sebelum solat, mengucapkan Asktag-firullah uladzim seberapa banyak yang boleh untuk memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT. Baca Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya kepada sekalian roh sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka, para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin serta kaum Muslimin dan Muslimat.

Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa berikut:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah) yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.

4.Cara solat hajat yang keempat – Dibuat sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali. Kemudian solat sebanyak 6 rakaat dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap rakaat hendaklah membaca Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 15 kali seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.

Apabila selesai baca doa ini:

Ertinya:

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”

Wasallam.

Tuesday, August 7, 2012

perginye seorang sahabat buat selamanya....

2 jun.... tarikh keramat apabila seorang sahabat yang sentiasa disayangi dan diberi perhatian melansungkan majlis perkahwinan dengan lelaki pilihannya... bermula saat itu... suami adalah segalanya...... dimana sahabat sudah xpenting dan dah xdipandang...

 kami datang dari jauh dengan niat nak menyambut kedatangan orang baru namun sebaliknya yang berlaku... kami lakukan kerja dan menolong mana yang patut... akhirnya disebabkan terasa hati kerana dipinggir oleh sahabat sendiri akhirnya kami membawa diri...

 majlis perkahwinan disambut hambar oleh pengantin tp kami lindungi dengan gelak tawa bersama sahabat2 lain yang telah lama xbertemu.... hati mana xkecewa..... sekeping gambar pon xdiajak bergambar dengan pengantin... kami semua amik gambar mereka pon dari jauh... kami xkata ape2 cuma terasa dengan apa yang dilakukan.... walaupun begitu beliau masih sanggup mengungkit dimana dia lakukan ape sahaja masa perkahwinan aku.... namun tidak bagi die.... for your information.... cube ko pk balik.... mase ko kawen dengan mase aku kawen??? camne layanan aku ngn sahabat2 aku??? pape hal aku sentiasa berada disamping sahabat2 aku... hinggakan separuh dari album perkahwinan aku aku hanya bergambar dengan sahabat2 baik aku... aku still dengan dorang sampai malam... temankan dorang.... ko pk sebab ko penat travel dr jauh??? ko xingat aku 2 mggu sblm majlis aku aku xtido??? ko ingat sape yang buat pelamin tu???? hantaran??? ade aku merungut penat xleh layan kawan2 aku?? tu pon aku baru boleh lena tdo lepas 2 hari dari majlis aku.... mengemas n hantar mak dan adik2 ko balik umah dekat kelantan... bhai.... xpk ke.... baru je semalam aku nikah hari ni da betolak p kelantan hantar family ko.. ko xingat.... then bile majlis ko jd huru hara ko salahkan aku??? aku xbuat ape pon... mase mekap... aku terkilan xdapat pg kat ko nk mekapkan ko... ye la aku ngah siapkan adik2 ko dan mak ko..... aku pon xmandi dengan busuknye ko nak marah2??? ko kan anak mak mertua da skrg... then ko bandingkan kitorang dengan rakan suami ko yang sanggup datang dari jauh nek moto n redah hujan.... tp die kire beruntung la... suami ko layan die dengan baik... menghargai sahabat... tp ko???? ko buat pe?????????????????????????

bagi kami ko da pergi buat selamanya... kami boleh bahagia dengan kami sendiri... kami berempat akan sentiasa bersama walau susah dan payah........ walaupon bersuami atau beranak... sahabat tetap sahabat... tp ko.... ko da bukan orang yang aku kenal dulu.... aku pandang wajah ko ternyata hanya pandangan kosong yang tiada erti...bukan orang yang aku kenal dimana menyayangi sahabat2 nya.... jauh berbeza.... perangai pon da berubah... drastik sgt..... kami xdapat menerima kerana ia bukan satu perubahan yang elok bagi kami..... dan kami minta xyah la ko nak msj2 nisa ag sebab die sahabat kami yang kami sayangi dimana kami berempat sudah tawar hati dengan ko... so same je lau ko msj die... mujur je die layan.... sebab pk ko sangat kesian xde sahabat..... sekian.