Tuesday, October 22, 2013

tanda-tanda kehamilan sahaja belum tentu anda hamil

TIDAK DATANG HAID DAN MUNTAH BUKAN TANDA UTAMA KEHAMILAN


“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin selama enam bulan. Baru-baru ini saya tidak datang haid selama 2 bulan. Saya juga mempunyai tanda-tanda seperti loya, muntah, bengkak payudara, bertambah berat badan, perut membesar dan kerap kencing. Adakah saya hamil, doctor?”
...

Wa alaikum mus salam.

Saya amat memahami perasaan puan yang mahu hamil segera. Kehamilan pertama adalah peristiwa yang amat dinantikan oleh kebanyakan pasangan muda.

Kadang-kadang perasan untuk hamil begitu kuat sehinggakan seorang wanita merasa telah hamil, padahal dia belum lagi hamil.

Jadi seorang wanita yang mengalami masalah seperti puan, belum tentu disahkan hamil. Beliau perlu melakukan beberapa pemeriksaan air kencing, darah dan ultrasound.

Masalah yang seperti puan rasakan hanya tanda-tanda yang menunjukkan puan MUNGKIN hamil saja.

Beberapa jenis penyakit juga boleh menyebabkan masalah yang serupa, seperti PCOS, endometriosis dan hypothyroidism.

Merjuk kepada masalah puan iaitu:

1. Tidak datang haid, selalunya dikaitkan dengan kehamilan. Ada beberapa penyakit yang boleh menyebabkan hal yang sama seperti masalah ketidakseimbangan hormone, endometririosis, PCOS dan hypothyroidism. Saya selalu menasihatkan wanita yang merancang untuk hamil agar selalu menandakan kitaran haid mereka dengan baik agar dapat membantu doctor menentukan punca masalah yang dihadapi.

2. Rasa loya dan muntah juga sering dikaitkan dengan kehamilan. Bagi wanita yang hamil, “morning sickness” selain menyebabkan rasa loya dan muntah, selalunya berserta dengan rasa tidak selera untuk makan, tubuh menjadi lemah dan mudah penat. Namun ia bukanlah tanda yang pasti seorang wanita itu hamil.

3. Payudara bengkak dan membesar juga tidak menandakan seorang wanita itu hamil. Ia boleh disebabkan oleh penyakit lain akibat peningkatan hormon estrogen dan progrestrogen yang mempengaruhi bengkakan payudara.

4. Masalah kerap kencing dan sembelit berlaku hanya apabila rahem semakin membesar dan menekan pundi kencing dan usus besar, berlaku selepas usia kehamilan mula mencapai 12 minggu.

5. Masalah bertambah berat badan dan perut bertambah buncit juga disebabkan oleh cara pemakanan yang berubah. Ia tidak semestinya disebabkan oleh kehamilan.

Jadi jika puan mengalami tanda-tanda seperti orang hamil, saya mencadangkan puan segera melakukan pemeriksaan air kencing, darah dan ultrasound untuk mengesahkan kehamilan puan.

Wallahu a’lam.

No comments: