Sunday, June 23, 2013

7 tips semasa berpantang yang bagus untuk ibu-ibu amalkan.

 


Berpantang adalah penting untuk kesihatan ibu selepas bersalin.







1. Kawal pergerakan

*Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.

*Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan.

*Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.


2. Jaga pemakanan

*Makan ikan haruan supaya luka cepat sembuh.

*Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya boleh menyebabkan angin dan menambahkan kolesterol dalam badan. Ini melambatkan proses menurunkan berat badan.

*Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air, nangka muda.


3. Amalkan mandian air rebusan herba

*Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan,, serai wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas bersalin.

4. Berurut

*Amalan berurut seluruh badan membantu membetulkan urat-urat badan yang tegang, mengembalilkan pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali ke tempat asal.

5. Bertungku

*Selepas berurut elok bertungku terutama di bahagian perut dan peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus mengempiskan perut ibu.

6. Menyapu pilis

*Amalan yang semakin jarang dilakukan ibu lepas bersalin. Pilis bertujuan menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan mata serta mengelakkan daripada sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan meroyan.
7. Minum jamu

*Sekarang ada banyak alternatif jamu bersalin yang bersesuaian untuk diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses bersalin.

1 comment:

wan norhayati said...

perkongsian yg menarik